Strategi pemasaran usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di era endemik

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) adalah suatu entiti perniagaan yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau badan-badan yang sama taraf dengannya. Di dalam sektor pembuatan, firma dengan jualan di bawah RM50 juta atau pekerja sepenuh masa di bawah 200 didefinisikan sebagai PKS sem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Awang Kader, Mohd Aidil Riduan, Mustapha, Musramaini, Mohd Zaki, Suhanom
Format: Monograph
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Terengganu 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121303/1/121303.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121303/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) adalah suatu entiti perniagaan yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau badan-badan yang sama taraf dengannya. Di dalam sektor pembuatan, firma dengan jualan di bawah RM50 juta atau pekerja sepenuh masa di bawah 200 didefinisikan sebagai PKS sementara dalam sektor perkhidmatan dan lain-lain, firma dengan jualan tahunan di bawah RM20 juta atau pekerja sepenuh masa di bawah 75 tahun ditakrifkan sebagai PKS. Di Malaysia, pandemik Covid- 19 turut menjejaskan ekonomi dengan teruk, terutamanya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan ekonomi Malaysia menguncup 17.1% pada suku kedua 2020. PKP telah memperlahankan aktiviti ekonomi di beberapa bidang, khususnya sektor PKS, disebabkan kekurangan permintaan dan masalah mendapatkan bekalan. Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati pada fasa kedua dan keempat PKP, lebih dua pertiga responden melaporkan tiada punca pendapatan. Memandangkan PKS dilihat sebagai tulang belakang ekonomi negara, kerajaan telah melaksanakan beberapa kaedah untuk membantu mereka, seperti melanjutkan moratorium dan menyediakan bantuan gaji pekerja secara bersasar.