Kelestarian kendiri pengurusan rekod kewangan dalam kalangan usahawan asnaf

Pengurusan rekod kewangan merupakan aspek penting untuk memastikan kelangsungan dan kejayaan perniagaan. Namun, usahawan asnaf sering kali berhadapan dengan cabaran kewangan yang mampu menjejaskan keberlangsungan perniagaan mereka. Tambahan pula, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, sesebuah p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed Isa, Zuraidah, Abd Rahman, Nurul Hayani, Anuar, Azyyati, Ali, Norhidayah, Abu Bakar, Suhaida, Ibrahim, Dahlia
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Kedah
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121006/1/121006.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121006/
https://voa.uitm.edu.my/v1/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengurusan rekod kewangan merupakan aspek penting untuk memastikan kelangsungan dan kejayaan perniagaan. Namun, usahawan asnaf sering kali berhadapan dengan cabaran kewangan yang mampu menjejaskan keberlangsungan perniagaan mereka. Tambahan pula, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, sesebuah perniagaan mungkin tidak dapat bertahan lama dalam jangka masa yang panjang. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan meneliti kepentingan kelestarian kendiri rekod kewangan dalam kalangan usahawan asnaf di Malaysia. Di samping itu, kajian ini bertujuan memahami tahap kesedaran, amalan, dan impak pengurusan rekod kewangan yang cekap dalam kalangan usahawan asnaf. Melalui pendekatan kualitatif, data diperoleh menerusi kaedah kepustakaan yang melibatkan pencarian sumber daripada buku, artikel jurnal, keratan akhbar, kajian kes, serta laman sesawang. Hasil kajian menunjukkan, pengurusan rekod kewangan yang efektif memainkan peranan penting untuk meningkatkan prestasi perniagaan, akses kepada sumber kewangan dan kestabilan serta kelestarian ekonomi usahawan asnaf. Kajian ini mengemukakan cadangan kepada pihak berwajib dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyediakan program latihan serta sokongan yang lebih komprehensif. Dengan demikian, program tertentu terutamanya dari segi pengurusan rekod kewangan asas dan lanjutan yang relevan dengan keperluan usahawan dan perniagaan mereka dapat disediakan bagi menjamin kelestarian dan kejayaan perniagaan.