Transformasi perniagaan barang kemas era pandemik Covid-19: patuh syariah?

Barang perhiasan khususnya yang diperbuat daripada emas amat sinonim dengan wanita. Ia seringkali disebut sebagai barang kemas dan sangat digemari kerana ia menyerlahkan kecantikan dan gaya, malah dikaitkan dengan imej, status dan prestij si pemakainya. Pandemik Covid-19 telah mengakibatkan penjuala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Zaki, Suhanom, Hussin, Adibah
Format: Monograph
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Terengganu 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/120997/1/120997.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/120997/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Barang perhiasan khususnya yang diperbuat daripada emas amat sinonim dengan wanita. Ia seringkali disebut sebagai barang kemas dan sangat digemari kerana ia menyerlahkan kecantikan dan gaya, malah dikaitkan dengan imej, status dan prestij si pemakainya. Pandemik Covid-19 telah mengakibatkan penjualan barang kemas menjadi perlahan disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam membendung penularan wabak. PKP telah menyebabkan syarikat yang menjalankan perniagaan jual beli barang kemas tidak dapat beroperasi seperti biasa di mana pada tempoh yang tertentu, hanya perkhidmatan perlu sahaja dibenarkan untuk dibuka. Tambahan lagi, di sesetengah lokaliti, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan dan ini menyebabkan masyarakat di lokaliti tersebut tidak dapat keluar membeli barangan. Keadaan ini menyebabkan banyak perniagaan beralih operasi kepada dalam talian.