Usahawan bumiputra berjaya: cabaran dan daya saing
Di dalam menghadapi perubahan dan ketidakpastian ekonomi sekarang, seseorang ushawan itu perlulah mempunyai bakat (Thompson, 2004). Bagaimanapun usaha untuk mengenal pasti usahawan ini agar sukar. Sesetengah pendapat pula mengatakan bahawa individu yang komited sudah tentunya akan berjaya walaupun t...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Research Reports |
| Language: | en |
| Published: |
2012
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/120337/1/120337.PDF https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/120337/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Di dalam menghadapi perubahan dan ketidakpastian ekonomi sekarang, seseorang ushawan itu perlulah mempunyai bakat (Thompson, 2004). Bagaimanapun usaha untuk mengenal pasti usahawan ini agar sukar. Sesetengah pendapat pula mengatakan bahawa individu yang komited sudah tentunya akan berjaya walaupun terdapat halangan atau sebaliknya. Usahawan adalah seseorang yang mempunyai dan mengendalikan perniagaan kecil secara aktif (Collins, Hanges & Locke, 2004) di mana beliau tidak membuat perkongsian akan tetapi membentuk pelbagai jenis pekerjaan di dalam perniagaan seperti pegawai eksekutif, pegawai pemasaran dan konsultan (Stewart & Roth, 2007). Seseorang usahawan pula boleh digelar pemimpin sekiranya beliau tidak terikat dengan organisasi yang mempunyai sistem teratur dan berdisiplin (Thompson, 2004). Pemimpin usahawan mempunyai ciri-ciri pemimpin yang saling melengkapi dengan kebolehan keusahawanan. Pemahaman terhadap isu-isu cabaran dan daya samg perntagaan dapat membantu usahawan lain mengenal pasti kekuatan dan kebolehan dan di masa yang sarna juga mencari bidang yang perlu diperbaiki. Kajian lepas telah mengenal pasti modal manusia dan modal kewangan merupakan faktor penting yang mempengaruhi kejayaan dan survival perniagaan kecil dan sederhana (Coleman, 2007). Bagaimanapun, kajian kes yang melihat dengan lebih mendalam terhadap pemimpin usahawan yang berjaya amatlah terhad. Bidang keusahawanan ini perlu dipertingkatkan dari segi bilangan usahawan yang berjaya untuk membantu sustainabiliti pertumbuhan ekonomi. |
|---|
