Persepsi pelajar terhadap kredibiliti pensyarah pendidikan islam: satu kajian di UiTM Kampus Jengka, Pahang
Pensyarah merupakan elemen penting dalam menjayakan inspirasi sesebuah institusi pengajian tinggi untuk: mencapai misi dan visinya dengan menumpukan peranannya sebagai penyumbang (input provider) sumber keilmuan serta menjadi model contoh yang terbaik. Sama ada disedari atau tidak, persepsi pelajar...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Research Reports |
| Language: | en |
| Published: |
2005
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119890/1/119890.PDF https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119890/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pensyarah merupakan elemen penting dalam menjayakan inspirasi sesebuah institusi pengajian tinggi untuk: mencapai misi dan visinya dengan menumpukan peranannya sebagai penyumbang (input provider) sumber keilmuan serta menjadi model contoh yang terbaik. Sama ada disedari atau tidak, persepsi pelajar di dalam menilai kredibiliti pensyarahnya memberikan impak yang serius terhadap penerimaan mereka kepada "gurunya". Kriteria ini menjadi begitu penting sehingga ianya boleh mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi. Fokus utama kajian ini dibuat adalah untuk mengetahui sejauh mana pelajar menilai kredibiliti pensyarah Pendidikan Islam sebagai seorang pendidik yang berperanan membimbing dan membentuk: anak didiknya menjadi insan berguna dan berjaya di dunia dan di akhirat. Sebanyak 201 set soal selidik telah diedarkan kepada responden yang terdiri daripada para pelajar UiTM Pahang dan kesemua responden telah memberikan respon yang memberangsangkan. Selain dari maklumat mengenai latar belakang responden yang diperolehi hasil dari soal selidik ini, soalan-soalan yang dikemukakan berkaitan dengan persepsi responden terhadap kredibiliti pensyarahnya merangkumi empat dimensi utama yang dikaitkan dengan kredibiliti pensyarah yang dipetik dari beberapa kajian yang lepas iaitu: kompetensi, dinamisme, kepercayaan dan perlakuan semasa pensyarah. Penganalisaan data dilakukan dengan menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS). Pembentangan maklumat adalah dalam bentuk peratusan dan piawaian sisir, taburan frekuensi dan ujian khi-kuasa dua. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa peratusan yang tinggi menyokong bahawa pensyarah Pendidikan Islam di UiTM Pahang mempunyai kredibiliti yang tinggi dari perspektif dan presepsi para pelajarnya. Namun begitu, beberapa cadangan berguna juga telah dikemukakan untuk pihak universiti dan juga penyelidikan di masa yang akan datang. |
|---|
