Hospital UiTM sertai sambutan program 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AКМ)

Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 hingga 12 Disember 2021 mendapat sambutan hangat dengan jumlah kehadiran pengunjung yang amat luar biasa. Hospital UITM menerusi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak terkecuali terli...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: UiTM, Hospital Puncak Alam
Format: Monograph
Language:en
Published: Hospital Puncak Alam 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119194/1/119194.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119194/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 hingga 12 Disember 2021 mendapat sambutan hangat dengan jumlah kehadiran pengunjung yang amat luar biasa. Hospital UITM menerusi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak terkecuali terlibat menjayakan program dengan membuka booth pameran (diwakili Clinical Simulation Centre, Fakulti Perubatan UITM) dan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, ujian darah kolestrol, glukos dan HbAlc. Turut diadakan adalah sesi ceramah (Slot HPU) yang menampilkan 2 orang wakil panel dari HUITM iaitu Dr. Muhammad Amin Ibrahim, Pakar Perunding Respiratori (Tajuk: Rawatan Susulan Pasca COVID-19) dan Profesor Dr. Anis Safura Ramli, Pakar Perunding Perubatan Keluarga (Tajuk: Aplikasi Mudah Alih EMPOWER-SUSTAIN: Mencegah Penyakit Jantung & Strok dalam Keluarga Malaysia). Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) ini turut disertai Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Canselor Tuankи Mukhriz (Universiti Kebangsaan Malaysia), Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Sultan Ahmad Shah Medical Centre @ IIUM International Islamic University Malaysia, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia, Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin, Hospital Universiti Malaysia Sabah dan Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sarawak.