Revolusi kecerdasan buatan dalam pembelajaran digital membentuk masa depan graduan
Kemunculan digitalisasi dalam bidang pendidikan membolehkan pendidik dan pelajar mengakses bahan pembelajaran secara mudah melalui platform digital seperti internet. Perubahan ini turut mencerminkan peralihan paradigma dalam bidang pendidikan, di mana kaedah tradisional semakin kurang relevan untuk...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119145/1/119145.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119145/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kemunculan digitalisasi dalam bidang pendidikan membolehkan pendidik dan pelajar mengakses bahan pembelajaran secara mudah melalui platform digital seperti internet. Perubahan ini turut mencerminkan peralihan paradigma dalam bidang pendidikan, di mana kaedah tradisional semakin kurang relevan untuk mempersiap pelajar menghadapi keperluan dan cabaran masa hadapan. Revolusi Industri 4.0 menuju ke arah Revolusi Industri 5.0 telah membawa transformasi kecerdasan buatan (Artifical Intelligence) sebagai satu alat berpotensi untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (Maola et al., 2024). Ia bukan lagi sekadar alat teknologi yang digunakan dalam industri, malahan ia telah mengubah dunia pendidikan secara holistik, termasuk cara kita berfikir, bekerja dan mengembangkan potensi. Revolusi kecerdasan buatan telah membuka peluang baharu dalam menjadikan proses pendidikan lebih bersifat fleksibel dan responsif terhadap keperluan pelajar (Apriadi & Sihotang, 2023). Ini bukan sahaja memperkasa sistem pendidikan negara, tetapi juga turut membentuk profil graduan yang lebih bersedia untuk menempuh cabaran dalam ekosistem global. |
|---|
