Persepsi dan kesan kewujudan mural terhadap ekonomi masyarakat di Ipoh

Persepsi negatif terhadap lukisan dinding telah berubah dari dianggap sebagai vandalisme kepada dihargai sebagai seni yang memperindah persekitaran. Dahulunya, mural dilukis pada dinding sekolah untuk menarik minat belajar dengan menggambarkan pemandangan alam dan teknologi. Kini, mural memperindahk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Desa, Noor Enfendi, Muhamad, Noor A’yunni, Mohd Aripin, Nur Adibah Nadiah
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Perak 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119124/1/119124.pdf
https://doi.org/10.24191/idealogy.v10i1.766
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119124/
https://idealogyjournal.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Persepsi negatif terhadap lukisan dinding telah berubah dari dianggap sebagai vandalisme kepada dihargai sebagai seni yang memperindah persekitaran. Dahulunya, mural dilukis pada dinding sekolah untuk menarik minat belajar dengan menggambarkan pemandangan alam dan teknologi. Kini, mural memperindahkan bangunan umum dan komersial, mempromosikan jenama dan produk, serta menarik pelancong. Seni mural telah wujud sejak zaman prasejarah, terbukti dari lukisan di Gua Lauscaux, Perancis, dan digunakan untuk komunikasi dan menceritakan aktiviti harian . Penelitian menunjukkan bahawa mural dapat meningkatkan nilai estetika, memberikan identiti, dan mengukuhkan kebanggaan masyarakat, serta kesan ekonomi yang positif dengan menarik pelancong, dan meningkatkan nilai hartanah untuk menarik pelaburan ke kawasan tersebut. Kaji selidik di sekitar Bandaraya Ipoh, Perak, mendapati majoriti responden memiliki persepsi positif terhadap mural, berfungsi untuk memperindahkan persekitaran, alat penyampaian informasi, dan cerminan budaya tempatan. Penelitian ini menegaskan bahawa mural memiliki kesan positif terhadap masyarakat dan ekonomi tempatan, walaupun kemungkinan ada persepsi negatif jika dianggap mengganggu.