Reka bentuk produk emosi: membentuk pengalaman melalui sentuhan emosi dalam reka bentuk

Reka bentuk produk emosi merupakan pendekatan yang menggabungkan elemen estetika, ergonomik dan psikologi bagi menghasilkan produk yang bukan sahaja berfungsi secara praktikal, tetapi turut membangkitkan perasaan positif dan memperkukuh pengalaman pengguna. Kajian ini meneliti peranan elemen emosi d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md Nazri, Haslinda, Taharuddin, Nurul Shima, Ibrahim, Nor Idayu, Ibrahim, Noor Aileen
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Perak 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/118978/1/118978.pdf
https://doi.org/10.24191/idealogy.v10i1.713
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/118978/
https://idealogyjournal.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Reka bentuk produk emosi merupakan pendekatan yang menggabungkan elemen estetika, ergonomik dan psikologi bagi menghasilkan produk yang bukan sahaja berfungsi secara praktikal, tetapi turut membangkitkan perasaan positif dan memperkukuh pengalaman pengguna. Kajian ini meneliti peranan elemen emosi dalam reka bentuk hidangan seramik melalui pendekatan yang menumpukan kepada aspek estetika visual, naratif dan interaksi pengguna dalam mencipta pengalaman bermakna. Metodologi kajian ini melibatkan pendekatan kualitatif melalui pemerhatian, temu bual separa berstruktur serta analisis pengalaman pengguna terhadap prototaip hidangan seramik yang direka berdasarkan teori tiga peringkat reka bentuk — visceral, tingkah laku dan reflektif. Hasil kajian menunjukkan bahawa elemen visual yang menarik, tekstur sentuhan, serta naratif produk yang berkait rapat dengan nilai budaya dan emosi mampu merangsang tindak balas deria dan emosi pengguna secara signifikan. Pengalaman pengguna terhadap produk yang direka secara emosi menunjukkan peningkatan dalam keterlibatan emosi, kepuasan penggunaan dan hubungan psikologi dengan objek tersebut. Kajian ini membuktikan bahawa integrasi rangsangan deria dan reka bentuk berasaskan emosi mampu memperkaya pengalaman pengguna dan mewujudkan hubungan yang lebih mendalam antara manusia dan produk.