Bengkel Pemulihan Rekod (Selepas Bencana) Siri 2/2024
Bengkel Pemulihan Rekod (Selepas Bencana) Siri 2/2024 anjuran Arkib Negara Malaysia telah berlangsung pada 10 hingga 11 Jun 2024 bertempat di Dewan Tun Rahah, Memorial Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan latihan praktikal kepada peserta meng...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Language: | en |
| Published: |
Seksyen Korporat & Kolaborasi Ptar Uitm Cawangan Pulau Pinang
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/118967/1/118967.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/118967/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Bengkel Pemulihan Rekod (Selepas Bencana) Siri 2/2024 anjuran Arkib Negara Malaysia telah berlangsung pada 10 hingga 11 Jun 2024 bertempat di Dewan Tun Rahah, Memorial Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan latihan praktikal kepada peserta mengenai teknik dan kaedah pemulihan rekod yang terjejas akibat bencana seperti banjir, kebakaran, serangan serangga perosak dan kelembapan ekstrem. Sepanjang dua hari bengkel berlangsung, para peserta didedahkan kepada modul teori dan amali termasuk pengenalpastian kerosakan fizikal pada dokumen, proses pengeringan rekod basah, kaedah pembasmian kulat, serta teknik penyimpanan sementara yang selamat dan berkesan. Bengkel ini juga menekankan kepentingan penyediaan Pelan Tindak Balas Bencana Rekod (Disaster Preparedness and Response Plan) sebagai langkah proaktif bagi menjamin keselamatan dan kelestarian rekod awam serta dokumen bernilai sejarah. Diharapkan penganjuran bengkel ini dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kecekapan agensi-agensi kerajaan serta organisasi dalam melindungi khazanah maklumat negara sekiranya berlaku bencana. |
|---|
