Seminar PPM Siri 1: Negeri Tua Melanau / Yahutazi Chik, Suffina Long and Mohamad Musa Bohari

Pusat Penyelidikan Melanau (PMM) UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah dengan kerjasama Persatuan Melanau Mukah (PMM) telah menganjurkan program Seminar Negeri Tua Melanau Siri 1 yang telah diadakan pada 28 Mac 2022 di Kingwood Hotel Mukah. Bagi Siri pertama seminar Melanau diadakan khas untuk peserta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Chik, Yahutazi, Long, Suffina, Bohari, Mohamad Musa
Format: Monograph
Language:en
Published: Corporate Communication Unit, UiTM Mukah Campus 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/118073/1/118073.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/118073/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pusat Penyelidikan Melanau (PMM) UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah dengan kerjasama Persatuan Melanau Mukah (PMM) telah menganjurkan program Seminar Negeri Tua Melanau Siri 1 yang telah diadakan pada 28 Mac 2022 di Kingwood Hotel Mukah. Bagi Siri pertama seminar Melanau diadakan khas untuk pesertapeserta yang terdiri daripada seramai 30 orang pemimpin-pemimpin tempatan sperti ketua-ketua kampung dan pegnhulu dan tokoh-tokoh berkaitan pemiliharaan warisan Melanau bagi kawasan Mukah. Sementara itu, Seminar Siri 2 pula telah diadakan pada 26 Julai 2022 di Dewan Kuliah Tellian, UiTM Mukah juga telah menghimpunkan pemimpin-pemimpin tempatan dari Kawasan Balingian. Kedua-dua siri seminar tersebut telah dirasmikan oleh YB Abdul Yakub Bin Haji Arbi, ADUN N58, Balingian merangkap Pengerusi Persatuan Melanau Mukah (PMM). Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyokong penuh usaha Pusat Penyelidikan Melanau, UiTM Kampus Mukah dan Persatuan Melanau Mukah untuk meneruskan siri-siri jelajah Seminar Negeri Tua Melanau yang berikutnya di Oya, Dalat, Igan, Balingian, Belawai, Tanjung Manis dan juga Daro. Beliau turut berharap usaha ini akan berjaya membongkar khazanahkhazanah silam Melanau seperti penemuan artifak, salasilah, manuskrip dan pelbagai bahan yang mempunyai nilai sejarah seterusnya memberi naratif baharu kepada sejarah kaum Melanau yang amat disegani suatu ketika dahulu terutamanya kepada generasi-generasi akan datang.