Siri Jelajah BITCOM di UiTM Cawangan Negeri Sembilan: menyemai budaya pengkomersialan penyelidikan / Norliza Dzakaria, Nurain Aziman and Suzana Baharudin

Pada tanggal 24 Februari 2025, Unit Inovasi dan Pengkomersialan (UIP) UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah berbesar hati menerima kedatangan pasukan dari Bahagian Inovasi dan Pengkomersialan (BITCOM), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UiTM Shah Alam. Kunjungan ini diadakan be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Dzakaria, Norliza, Aziman, Nurain, Baharudin, Suzana
Format: Monograph
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/117077/1/117077.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/117077/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada tanggal 24 Februari 2025, Unit Inovasi dan Pengkomersialan (UIP) UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah berbesar hati menerima kedatangan pasukan dari Bahagian Inovasi dan Pengkomersialan (BITCOM), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UiTM Shah Alam. Kunjungan ini diadakan bersempena pelaksanaan Siri Jelajah BITCOM yang merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan UiTM untuk mengukuhkan jaringan penyelidikan dan inovasi serta memperkasa agenda pengkomersialan di kalangan warga akademik UiTM. Program ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat HEP, Bangunan Pentadbiran Kampus Seremban dan disertai oleh 21 orang peserta yang terdiri daripada para pensyarah dari ketiga-tiga kampus di bawah UiTM Negeri Sembilan. Melalui program ini, BITCOM telah menyediakan ruang dan peluang kepada para penyelidik untuk berkongsi hasil penyelidikan yang berpotensi tinggi, selain menerima maklum balas dan panduan awal berkaitan laluan komersial yang boleh diterokai.