Negeri Sembilan International Exposition (NSIEX) 2024: pacu inovasi / Nurain Aziman and Norliza Dzakaria

Dalam era digital yang semakin mencabar dan pantas berkembang, Seksyen Perundingan dan Inovasi Pejabat Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (PJIM&A), UiTM Cawangan Negeri Sembilan sekali lagi telah berjaya menganjurkan pertandingan inovasi secara dalam talian untuk kali ketiga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Aziman, Nurain, Dzakaria, Norliza
Format: Monograph
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/117051/1/117051.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/117051/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam era digital yang semakin mencabar dan pantas berkembang, Seksyen Perundingan dan Inovasi Pejabat Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (PJIM&A), UiTM Cawangan Negeri Sembilan sekali lagi telah berjaya menganjurkan pertandingan inovasi secara dalam talian untuk kali ketiga iaitu NEGERI SEMBILAN INTERNATIONAL EXPOSITION (NSIEx) 2024. Program ini merupakan sebuah platform berskala antarabangsa yang menghimpunkan institusi pendidikan awam dan swasta (IPTA/IPTA serta pelajar-pelajar sekolah), sektor industri, dan agensi kerajaan dari dalam dan luar negara untuk mempamerkan idea serta ciptaan baharu secara maya. Program yang berlangsung secara atas talian dari 1 Jun 2024 hingga 10 Oktober 2024 telah menarik penyertaan sebanyak 353 kumpulan dan 159 kumpulan daripadanya adalah penyertaan dari sekolah rendah, menengah serta kolej vokasional. Dengan bertemakan "Nurturing Creativity Through Research, Technology & Social Innovation" peserta diminta membentangkan idea serta projek inovatif mereka secara dalam talian melalui penghantaran abstract (untuk pelajar sekolah) dan extended abstract (selain pelajar sekolah) serta video pembentangan. Pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu Junior Inventor (pelajar sekolah), Young Inventor (pelajar universiti, kolej, matrikulasi dan politeknik) dan Professional Inventor (pensyarah, penyelidik dan pengamal industri). Penilaian telah dijalankan sepenuhnya secara atas talian oleh panel penilai yang terdiri daripada ahli akademik, pakar industri dan wakil agensi inovasi negara. Antara aspek yang dinilai termasuk kebaruan idea, potensi aplikasi, impak sosial serta tahap kesediaan untuk dikomersialkan