Zakat dan dakwah: peranan panel temuduga / Mahasin Mearaj ... [et al.]

Malaysia dalam era madani sedang berusaha untuk menjadikan taraf hidup penduduknya ke arah 0% sifar kemiskinan. Isu ini juga turut dirasai di peringkat institusi pengajian tinggi yang memberi kesan besar termasuklah Institusi Pendidikan tinggi di. Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mempunyai 70%...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mearaj, Mahasin, Aziz, Siti Noor Ain, Saja, Ijlal, Ismail, Syaimak, Mohd Yunus, Alwi
Format: Article
Language:en
Published: Majmuah Enterprise dan UiTM Sarawak 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116725/2/116725.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116725/
https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/issue/view/34
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Malaysia dalam era madani sedang berusaha untuk menjadikan taraf hidup penduduknya ke arah 0% sifar kemiskinan. Isu ini juga turut dirasai di peringkat institusi pengajian tinggi yang memberi kesan besar termasuklah Institusi Pendidikan tinggi di. Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mempunyai 70% pelajar yang tergolong dalam kalangan B40 termasuklah asnaf. Angka ini membimbangkan kerana masalah yang timbul bukan sahaja melibatkan kewangan tetapi membawa kepada masalah lain penyakit yang dihadapi pelajar termasuklah, penyakit kesihatan mental, tekanan hidup, dan masalah keluarga. Hal ini perlu ditangani dengan serius kerana ia boleh menjejaskan pencapaian akademik pelajar dan kestabilan hidup. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan panel temuduga untuk diaplikasikan cara berdakwah yang sesuai dan diaplikasikan kepada pelajar asnaf dalam usaha melaksana transformasi minda dan sikap golongan asnaf dikalangan staf dan pelajar di UiTM. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan data sekunder yang dikumpul daripada penerbitan, laman web, buku, artikel jurnal, rekod dalaman sistem eZakat dan panel zakat yang terlibat dengan proses temu duga zakat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peranan dakwah kepada golongan asnaf dalam zakat memberi impak kepada ekonomi, gaya hidup pelajar, pencapaian akademik serta kestabilan hidup secara konsisten.