Potensi keusahawanan sosial melalui aktiviti koperasi di kalangan belia negeri Sabah / Surail Abd Kahar @ Eting ... [et al.]

Keusahawanan sosial merujuk kepada amalan perniagaan yang bertujuan untuk mencapai impak sosial positif sambil menjana keuntungan ekonomi. Koperasi merupakan organisasi yang menyediakan platform sesuai kepada belia untuk mengembangkan inisiatif perniagaan mereka dengan memberi keutamaan kepada kepen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd Kahar @ Eting, Surail, Mohammed, Rozita @ Uji, Supain @ Christopher, Cyril, Joseph, Hendry
Format: Conference or Workshop Item
Language:en
Published: Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Sarawak 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116711/1/116711.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116711/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keusahawanan sosial merujuk kepada amalan perniagaan yang bertujuan untuk mencapai impak sosial positif sambil menjana keuntungan ekonomi. Koperasi merupakan organisasi yang menyediakan platform sesuai kepada belia untuk mengembangkan inisiatif perniagaan mereka dengan memberi keutamaan kepada kepentingan sosial anggotanya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji potensi keusahawanan sosial melalui aktiviti koperasi di kalangan belia Sabah. Ia melibatkan pengumpulan data melalui tinjauan soal selidik yang diedarkan kepada belia di Sabah. Data yang dikumpulkan merangkumi profil demografi belia, tahap pengetahuan, minat, sikap, penglibatan, faktor dorongan dan cabaran dalam keusahawanan sosial dan koperasi. Data tersebut kemudiannya dianalisis secara statistik untuk memberikan gambaran yang komprehensif tentang potensi keusahawanan sosial melalui koperasi di kalangan belia Sabah. Hasil kajian menunjukkan jurang yang agak signifikan di antara tawaran dan sumbangan keusahawanan sosial melalui koperasi dengan tahap pengetahuan dan penglibatan belia. Jurang ini menunjukkan tahap pengetahuan yang agak rendah, tetap keinginan belia untuk terlibat dan sikap positif mereka terhadap potensi impak positif keushawanan sosial melalui koperasi dalam memperbaiki kesejahteraan sosial dan ekonomi belia di Sabah agak tinggi. Faktor dorongan penglibatan termasuklah latihan keusahawanan, akses pembiayaan, dan kemudahan infrastruktur. Dapatan juga meneliti cabaran yang dihadapi seperti kurang pendedahan, akses terhadap sumber dana dan maklumat berkaitan. Hasil kajian ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih baik tentang potensi dan cabaran keusahawanan sosial melalui koperasi dan dapat membantu pihak berkepentingan, termasuk pemerintah, agensi pembangunan, dan organisasi belia, untuk merancang dan melaksanakan inisiatif dicadangkan bagi merapatkan jurang penyertaan dengan manfaat sosial yang ditawarkan keusahawanan sosial melalui koperasi khususnya untuk belia di Sabah.