Menginspirasi minat STEM si cilik melangkah ke menara gading melalui aktiviti lawatan makmal / Sharir Aizat Kamaruddin ... [et al.].

Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) adalah tiang seri pembangunan negara. Namun, Malaysia menghadapi cabaran rumit dalam menarik perhatian golongan muda untuk meminati bidang STEM. Data terkini menunjukkan bahawa kira-kira 51% pelajar mendaftar dalam aliran STEM pada tahun 2024. Wal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kamaruddin, Sharir Aizat, Zainol, Zamzila Erdawati, Abd. Aziz, Khairul Naim, Ahmad, Aziani, Tajam, Jamil, Ramli, Rohayu, Nazri, Rosnani, Idris, Nor Shafikah, Roslani, Muhammad Akmal
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116642/1/116642.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116642/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) adalah tiang seri pembangunan negara. Namun, Malaysia menghadapi cabaran rumit dalam menarik perhatian golongan muda untuk meminati bidang STEM. Data terkini menunjukkan bahawa kira-kira 51% pelajar mendaftar dalam aliran STEM pada tahun 2024. Walaupun peratusan ini mencatatkan rekod tertinggi dalam dekad ini, ia masih tidak mencapai sasaran kerajaan iaitu menepati nisbah 60:40, di mana 60% pelajar dijangka mengambil jurusan STEM. Walaupun pelbagai faktor menyumbang kepada tren ini, isu kurikulum sains dan matematik yang berat dan kompleks di sekolah rendah dan menengah mungkin memadamkan rasa ingin tahu dan minat semula jadi yang dimiliki pelajar sekolah terhadap sains dan matematik. Isu ini jika tidak ditangani segera akan merencatkan pembangunan dengan kekurangan saintis, jurutera, pakar, dan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Salah satu alternatif bagi menarik minat para pelajar sekolah untuk memilih aliran ini di peringat pengajian tinggi dengan aktiviti lawatan ke makmal-makmal atau bengkelbengkel yang bertaraf antarabangsa atau berkualiti yang terdapat di pelosok menara gading seluruh Malaysia.