Madam Mama panggilan istimewa: peranan dan tanggungjawab penasihat akademik / Dayangku Ruhayah Awang Bolhan ... [et al.].
Penasihat Akademik (PA) secara umum biasanya merujuk kepada seorang individu, biasanya staf akademik, yang memberikan bimbingan kepada pelajar dalam hal-hal berkaitan akademik, termasuk pemilihan kursus, perancangan kerjaya, pembangunan peribadi, matlamat serta cabaran pembelajaran. Di peringkat pen...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116631/1/116631.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116631/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Penasihat Akademik (PA) secara umum biasanya merujuk kepada seorang individu, biasanya staf akademik, yang memberikan bimbingan kepada pelajar dalam hal-hal berkaitan akademik, termasuk pemilihan kursus, perancangan kerjaya, pembangunan peribadi, matlamat serta cabaran pembelajaran. Di peringkat pendidikan tinggi, secara spesifik penasihat akademik (PA) merupakan pensyarah universiti yang berperanan dalam menyalurkan maklumat berkaitan program pengajian di peringkat pra-diploma, diploma dan ijazah, kursus dan peraturan akademik di sesebuah universiti. Manakala, melalui Pejabat Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa (HEA&A) di UiTM telah melantik penasihat akademik dalam memberi nasihat kepada para pelajar di bawah bimbingan mereka sepanjang tempoh pengajian para pelajar tersebut. Secara purata, setiap penasihat akademik mempunyai 20 orang pelajar untuk dibimbing dari segi akademik, sahsiah dan motivasi bagi melahirkan graduan yang berdaya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa. Berdasarkan sumber Buku Peraturan Akademik UiTM pindaan 2021, penasihat akademik ialah staf akademik yang dilantik oleh Dekan ataupun Rektor untuk menjalankan tugas membimbing pelajar dalam hal ehwal akademik sepanjang pengajian. |
|---|
