Kecerdasan buatan (AI) dan pendidikan: membentuk masa depan pembelajaran / Wan Normila Mohamad and Zahari Md. Rodzi
Kecerdasan buatan atau dalam Bahasa Inggeris lebih dikenali dengan nama “Artificial Intelligence (AI)” menjadi topik yang menarik pada masa sekarang dan menimbulkan rasa ingin tahu dalam pelbagai disiplin yang mana pendidikan merupakan salah satu ruang utama penerapannya. Kecerdasan buatan (AI) diga...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116625/1/116625.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116625/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kecerdasan buatan atau dalam Bahasa Inggeris lebih dikenali dengan nama “Artificial Intelligence (AI)” menjadi topik yang menarik pada masa sekarang dan menimbulkan rasa ingin tahu dalam pelbagai disiplin yang mana pendidikan merupakan salah satu ruang utama penerapannya. Kecerdasan buatan (AI) digambarkan sebagai mereka bentuk dan membina agen pintar yang bergantung kepada pengecaman oleh deria dari persekitaran dan bertindak dengan cara yang mempengaruhi alam sekitar. Definisi Kamus Oxford:“Teori dan pembangunan sistem komputer yang mempunyai keupayaan untuk menjalankan tugas yang biasanya memerlukan kecerdasan manusia, membuat keputusan serta terjemahan bahasa. Terdapat tiga jenis kecerdasan buatan iaitu: Narrow AI, General AI dan Artificial superintelligence. AI sempit merupakan bentuk kecerdasan buatan yang paling biasa dan direalisasikan. Ia berorientasikan matlamat dan menggunakan teknik pembelajaran mesin untuk merealisasikan tugas. AI am juga dikenali sebagai AI mendalam, ia adalah satu yang dianggap setanding dengan keupayaan manusia yang boleh membezakan keperluan atau emosi makhluk pintar lain. Manakala Artificial Super intelligent ialah AI yang lebih berkemampuan berbanding manusia (Hassan et al., 2020). |
|---|
