10,000 kerusi kosong: arah sistem pendidikan menjadi tanda tanya / Nur Izyan Ismail ... [et al.].

Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 sekali lagi mendapat perhatian rakyat Malaysia disebabkan ketidakhadiran lebih kurang 10,000 pelajar untuk kertas Bahasa Melayu. Di Malaysia, SPM dianggap penanda aras dalam mengukur sistem pendidikan negara. Walau bagaimanpun, angka ketidakha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Nur Izyan, Mohamad Yasin, Siti Aimi, Norizan, Saifulrizan, Ahmad, Azura, Awang Bolhan, Dayangku Ruhaya
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116598/1/116598.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116598/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 sekali lagi mendapat perhatian rakyat Malaysia disebabkan ketidakhadiran lebih kurang 10,000 pelajar untuk kertas Bahasa Melayu. Di Malaysia, SPM dianggap penanda aras dalam mengukur sistem pendidikan negara. Walau bagaimanpun, angka ketidakhadiran pelajar ini bukan sesuatu isu baharu. Statistik ketidakhadiran pelajar pada tahun 2020 adalah seramai 19,211 atau 4.79%, 24,942 (6.12%) pada tahun 2021, 14,858 (3.68%) pada tahun 2022 dan pada tahun 2023 seramai 10,160 atau 2.64% pelajar gagal hadir SPM. Jika diteliti, peratusan ketidakhadiran peperiksaan SPM menunjukkan pola penurunan. Walau bagaimanapun, kegagalan pelajar menghadiri peperiksaan besar seperti SPM bukan hanya sekadar statistik, malah memaparkan isu yang lebih besar, iaitu cerminan tentang disiplin bakal pemimpin masa hadapan dan cabaran untuk memastikan setiap anak bangsa mendapat pendidikan yang sempurna.