Kyoukai no Kanata: Beyond the Boundary / Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar

Penang Nursing Student Association (PeNSA) dengan kerjasama Society Of Pharmacy Students (SOPYHS) Sesi 2021/2022 telah mengadakan program Kyoukai No Kanata: Beyond The Boundary pada 14 Mei 2022, Sabtu bermula dari jam 8 malam sehingga 11 malam. Aktiviti yang dijalankan dalam program “Kyoukai No Kana...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Majlis Perwakilan Pelajar, Sekretariat
Format: Monograph
Language:en
Published: Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116370/1/116370.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116370/
https://sites.google.com/view/mppuitmcpp
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penang Nursing Student Association (PeNSA) dengan kerjasama Society Of Pharmacy Students (SOPYHS) Sesi 2021/2022 telah mengadakan program Kyoukai No Kanata: Beyond The Boundary pada 14 Mei 2022, Sabtu bermula dari jam 8 malam sehingga 11 malam. Aktiviti yang dijalankan dalam program “Kyoukai No Kanata: Beyond The Boundry adalah berasakan perkongsian oleh penceramah iaitu Ummu Habibah Binti Idrus dalam prospek keusahawanan bertujuan untuk mendedahkan tips pemasaran serta meningkatkan minat mahasiswa/i untuk menceburkan diri dalam perniagaan. Program ini dilaksanakan secara atas talian melalui platform Cisco Webex Meeting dan YouTube (PeNSA UiTM). Objektif program ini adalah untuk melahirkan mahasiswa yang boleh berdaya saing dalam bidang perniagaan sehingga ke peringkat global dan mampu berfikir dengan kreatif dalam mengatur strategi pemasaran dan perniagaan serta mahir berniaga dan mempunyai ciri keusahawanan yang tinggi dalam diri. Program ini juga telah menyasarkan seramai 250 orang peserta daripada mahasiswa semester dua(2) dan empat(4) termasuk 30 orang urusetia. Program Kyoukai No Kanata: Beyond The Boundry ini mengadakan dua(2) pertandingan untuk para peserta mereka iaitu Pertandingan Poster Kreatif dan Pertandingan Kahoot. Bagi pemenang Pertandingan Poster Kreatif, tempat pertama telah mendapat wang sebanyak RM 50, diikuti oleh tempat kedua dan ketiga sebanyak RM 40 dan RM 30. Untuk Pertandingan Kahoot pula, tempat pertama, kedua dan ketiga mendapat wang sebanyak RM 30, RM 20 dan RM 15.