Kunjungan hormat Persatuan Veteran Radio Televisyen Malaysia (PVRTM) ke UiTMCS / Mohammad Abang

Persatuan Veteran Radio Televisyen Malaysia (PVRTM) telah mengadakan kunjungan hormat ke UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2. Kehadiran rombongan PVRTM yang diketuai oleh Dato Norhayati Haji Mohd Ismail selaku penasihat yang juga mantan Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia disambut oleh Penolong R...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abang, Mohammad
Format: Article
Language:en
Published: UiTM Sarawak 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/115591/1/115591.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/115591/
https://online.visual-paradigm.com/share/book/comp-10-jun-100-48-page-uitm-info-kampus-siapp-1sfppnrcb4
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Persatuan Veteran Radio Televisyen Malaysia (PVRTM) telah mengadakan kunjungan hormat ke UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2. Kehadiran rombongan PVRTM yang diketuai oleh Dato Norhayati Haji Mohd Ismail selaku penasihat yang juga mantan Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia disambut oleh Penolong Rektor UiTM Sarawak Kampus Samarahan 2, Prof. Madya Dr. Hasmah Mohidin yang mewakili Prof. Dato Dr. Jamil Haji Hamali, Rektor UiTM Cawangan Sarawak. Hadir sama adalah Puan Hajah Zohara Gani Bathusha selaku Presiden PVRTM bersama-sama ahli jawatankuasa PVRTM lain termasuk Prof. Datuk Dr. Baharuddin Haji Aziz, Datuk Hajah Habsah Hassan, seorang penulis lirik prolifik dan dan penulis buku di samping para pensyarah dan pelajar UiTM Cawangan Sarawak. Tujuan kunjungan hormat berkenaan adalah untuk beramah mesra dan bertukar-tukar pendapat di antara pensyarah serta pelajar UiTM Cawangan Sarawak mengenai cabaran industri kreatif, sektor penyiaran dan komunikasi negara pada masa kini dan masa hadapan di era 5G. Pada masa yang sama, PVRTM turut mengadakan dialog mengenai sebuah buku berjudul Di Sebalik Nama Orang RTM terbitan PVRTM iaitu buku yang ditulis oleh Datuk Habsah Hassan. Selain UiTM Cawangan Sarawak, PVRTM turut mengadakan kunjungan ke Universiti Malaysia Sarawak UNIMAS, Universiti Teknologi Swinburne, Filem Negara Malaysia (FINAS) Sarawak, Sarawak Media Group (SMG) selain turut mengunjungi RTM Sarawak.