Dinamik penguasaan politik Melayu di negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2018 / Muhamad Atlizan Darlis, Mohammad Tawfik Yaakub and Awang Azman Awang Pawi

Kajian ini bertujuan menganalisis penguasaan politik Melayu dalam konteks politik di Selangor dari tahun 2008 hingga 2018, dengan mengambil kira perubahan politik yang signifikan di Malaysia. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui analisis dokumen seperti artikel ilmiah, ucapan politik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Darlis, Muhamad Atlizan, Yaakub, Mohammad Tawfik, Awang Pawi, Awang Azman
Format: Article
Language:en
Published: Faculty of Administrative Science and Policy Studies 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/115373/1/115373.pdf
https://doi.org/10.24191/jas.v22i1.4591
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/115373/
https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/JAS
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menganalisis penguasaan politik Melayu dalam konteks politik di Selangor dari tahun 2008 hingga 2018, dengan mengambil kira perubahan politik yang signifikan di Malaysia. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui analisis dokumen seperti artikel ilmiah, ucapan politik, dan laporan pilihan raya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gerakan reformasi, peningkatan pengaruh media sosial, dan kelemahan tadbir urus Barisan Nasional (BN) menjadi faktor utama dalam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12), yang membawa kepada peralihan kuasa daripada BN kepada Pakatan Rakyat (PR). Sokongan bukan Melayu terhadap PR melebihi 90 peratus, manakala sokongan Melayu berada pada kadar 25 hingga 40 peratus. Perpecahan dalam gabungan pembangkang meningkat selepas PRU-12, khususnya apabila sentimen konservatif berkembang di kawasan luar bandar. Kajian ini menggariskan cabaran dalam merundingkan sosiopolitik masyarakat berbilang budaya. Untuk memastikan kestabilan politik di Selangor, pendekatan inklusif yang merentasi sempadan etnik, pematuhan kepada nilai perlembagaan dan dasar yang komprehensif diperlukan. Kajian ini turut meneliti perubahan konsep ketuanan politik Melayu dan kesannya terhadap pentadbiran Selangor. Penemuan ini menekankan keperluan pendekatan kerajaan yang menghargai kepelbagaian dan memastikan pertumbuhan yang adil demi perpaduan politik jangka panjang.