Teknik pembelajaran tahfiz Al-Quran bagi orang kurang upaya penglihatan di Darul Quran / Siti Nor Azimah Sabaruddin and Mohd Ridhuwan Remly
Penawaran program tahfiz al-Quran bagi Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan di Darul Quran telah memberi peluang kepada golongan ini untuk turut sama menghafaz al-Quran secara formal. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti teknik pembelajaran tahfiz al-Quran yang dipraktikkan oleh golong...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Teknologi MARA
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114911/1/114911.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114911/ https://jcis.uitm.edu.my |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Penawaran program tahfiz al-Quran bagi Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan di Darul Quran telah memberi peluang kepada golongan ini untuk turut sama menghafaz al-Quran secara formal. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti teknik pembelajaran tahfiz al-Quran yang dipraktikkan oleh golongan OKU penglihatan serta menganalisis perbezaan kaedah yang diamalkan berbanding golongan bukan OKU. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan melaksanakan analisis dokumen yang berkaitan dengan pembelajaran tahfiz OKU, serta temu bual secara mendalam dan pemerhatian terhadap lapan (8) orang pelajar tahfiz OKU penglihatan di Darul Quran. Hasil kajian mendapati terdapat lapan (8) teknik pembelajaran tahfiz al-Quran yang digunakan, iaitu teknik membaca dan melancarkan bacaan, tikrar (pengulangan), menentukan kadar hafazan, pemilihan waktu, penumpuan ayat, mushaf yang sama, hafazan secara individu, dan intonasi suara. Lapan (8) teknik yang digunakan telah berjaya meningkatkan pencapaian hafazan mereka dan mengekalkan prestasi hafazan yang konsisten pada setiap semester. Dapatan kajian ini adalah penting untuk dijadikan panduan kepada generasi huffaz OKU penglihatan akan datang supaya dapat memahami teknik menghafaz al-quran dengan mudah dalam jangka masa yang telah ditetapkan. |
|---|
