Kearifan tempatan masyarakat Islam di Sarawak menerusi manuskrip undang-undang Kanun Lingga / Noranizah Yusuf and Saimi Bujang
Kearifan tempatan merupakan satu istilah yang sering digunakan dalam bidang sains sosial. Istilah ini digunakan bagi menggambarkan keluhuran budaya masyarakat setempat dalam pelbagai aspek kehidupan. Kearifan dalam konteks perbincangan ini merujuk kepada pemahaman, amalan, budaya dan cara hidup masy...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Teknologi MARA
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114904/1/114904.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114904/ https://jcis.uitm.edu.my |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kearifan tempatan merupakan satu istilah yang sering digunakan dalam bidang sains sosial. Istilah ini digunakan bagi menggambarkan keluhuran budaya masyarakat setempat dalam pelbagai aspek kehidupan. Kearifan dalam konteks perbincangan ini merujuk kepada pemahaman, amalan, budaya dan cara hidup masyarakat Islam di Sarawak berdasarkan manuskrip Kanun Lingga yang jelas mengandungi pengaruh perundangan Islam. Permasalahan kajian ini tertumpu kepada bagaimana kearifan tempatan masyarakat Islam di Sarawak seperti yang terkandung dalam manuskrip undang-undang Kanun Lingga dapat difahami dan diinterpretasikan dalam konteks kehidupan masyarakat serta bagaimana pengaruhnya terhadap amalan undang-undang dan kehidupan masyarakat Islam di Sarawak. Secara keseluruhannya, artikel ini bertujuan membincangkan kearifan tempatan masyarakat Islam di Sarawak menerusi manuskrip undang-undang Kanun Lingga. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan yang melibatkan penentuan objektif kajian, pengekodan tema dan konsep dalam manuskrip Kanun Lingga serta pentafsiran data untuk menggali pemahaman mengenai elemen perundangan Islam dalam teks tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat
banyak pengaruh Islam dalam manuskrip Kanun Lingga yang membuktikan bahawa masyarakat Islam di Sarawak telah mengamalkan undang-undang Islam dalam kehidupan mereka. Kewujudan manuskrip ini menjadi khazanah dan bukti penting kerana menampilkan perspektif yang berkaitan dengan sistem ketatanegaraan dan undang-undang Islam, khususnya di Sarawak, yang jarang diketengahkan dan sumber yang berkaitan dengannya adalah amat terhad. |
|---|
