Penerapan tarbiyyah quraniyyah dari aspek kepimpinan melalui teladan kisah Zulkarnain dalam konsep Malaysia Madani / Amiratul Munirah Yahaya...[et al.]

Tarbiyyah Quraniyyah merupakan elemen asas dalam proses mendidik dan membangunkan jiwa manusia agar keseluruhan kehidupannya menjadi lebih bermakna berpandukan petunjuk Ilahi. Aspek kepimpinan dalam sesebuah negara, yang merangkumi pemimpin yang taat, bijaksana, dan cekap dalam menguruskan negara, d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yahaya, Amiratul Munirah, Izham, Siti Sarah, Yakob, Mohd Asmadi, Moidin, Shofiyyah
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114903/1/114903.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114903/
https://jcis.uitm.edu.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tarbiyyah Quraniyyah merupakan elemen asas dalam proses mendidik dan membangunkan jiwa manusia agar keseluruhan kehidupannya menjadi lebih bermakna berpandukan petunjuk Ilahi. Aspek kepimpinan dalam sesebuah negara, yang merangkumi pemimpin yang taat, bijaksana, dan cekap dalam menguruskan negara, dapat diteladani melalui kisah Iskandar Zulkarnain seperti yang dirakamkan dalam ayatayat al- Quran, khususnya Surah Al-Kahfi. Intisari pengajaran daripada kisah ini boleh diterapkan dan direalisasikan dalam konteks Malaysia Madani, iaitu suatu matlamat yang diperkenalkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mampan, sejahtera, berdaya cipta, saling menghormati, serta bersikap ihsan berdasarkan keyakinan antara satu sama lain. Madani, sebagai kata kunci, merujuk kepada kepercayaan antara kerajaan dan rakyat yang berasaskan ketelusan dan kerjasama. Pemimpin dan rakyat merupakan dua tonggak utama dalam mencapai matlamat Malaysia Madani. Justeru, kajian ini akan meneliti tarbiyyah Quraniyyah dari aspek kepimpinan melalui ibrah daripada kisah Zulkarnain. Kajian ini juga menganalisis nilai-nilai teras dalam konsep Malaysia Madani yang mendorong kepada keharmonian negara. Kajian ini berbentuk kualitatif, menggunakan metode pengumpulan data daripada kajian perpustakaan melibatkan sumber primer dan sekunder. Analisis data pula dilakukan secara induktif, deduktif, dan analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan bahawa tarbiyyah Quraniyyah dari aspek kepimpinan melalui teladan kisah Zulkarnain dalam konteks Malaysia Madani mampu menerapkan nilai-nilai al-Quran yang disesuaikan dengan empat nilai teras, iaitu kesejahteraan, ihsan, daya cipta, dan keyakinan. Kepentingan kajian ini adalah sebagai panduan kepada para pemimpin agar mereka memastikan kepimpinan mereka mencontohi kepimpinan Zulkarnain. Dengan itu, matlamat membentuk baldatun tayyibatun serta mencapai visi dan misi Malaysia Madani dapat direalisasikan dengan jayanya.