Penerapan prinsip asas ilmu tasawuf dalam ilmu nahu menurut Al-Qushayri / Shahrizal Mahpol, Mohd Baharim Mayidin and Mohd Zuhdi Ismail

Nilai-nilai murni yang terkandung dalam ilmu tasawuf merupakan antara aspek penting yang perlu diterapkan dalam perbahasan ilmu nahu Arab. Namun pada hakikatnya, perbincangannya adalah terpisah daripada aspek kerohanian. Hal ini akan menyebabkan perbincangan tersebut tertumpu kepada pemerolehan baha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mahpol, Shahrizal, Mayidin, Mohd Baharim, Ismail, Mohd Zuhdi
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114902/1/114902.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114902/
https://jcis.uitm.edu.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Nilai-nilai murni yang terkandung dalam ilmu tasawuf merupakan antara aspek penting yang perlu diterapkan dalam perbahasan ilmu nahu Arab. Namun pada hakikatnya, perbincangannya adalah terpisah daripada aspek kerohanian. Hal ini akan menyebabkan perbincangan tersebut tertumpu kepada pemerolehan bahasa semata-mata tanpa menitikberatkan kepada aspek penerapan nilai-nilai murni. Artikel ini cuba mengetengahkan pendekatan al-Qushayri dalam menerapkan beberapa prinsip asas ilmu tasawuf dalam ilmu nahu sebagaimana yang terdapat dalam karya beliau berjudul Naḥw al-Qulūb al-Kabir. Kajian kualitatif ini menggunakan metode analisis kandungan dan menjadikan teks kitab tersebut sebagai sumber primer. Hasil kajian mendapati alQushayri telah menerapkan lima prinsip asas ilmu tasawuf iaitu akidah yang sahih, kesungguhan dalam beramal dengan syariat, zikir, istiqamah dan memelihara adab dalam beberapa topik nahu. Proses penerapan yang dibuat adalah berdasarkan kepada metode perbandingan yang merujuk kepada dua aspek persamaan. Aspek pertama melihat kepada persamaan penggunaan istilah. Aspek kedua merujuk kepada persamaan makna prinsip-prinsip tersebut yang boleh dibandingkan dengan makna yang terkandung dalam kaedah-kaedah ilmu nahu tertentu. Dapatan kajian ini diharapkan mampu menyumbangkan satu pendekatan baharu dalam usaha menghasilkan kurikulum bersepadu yang mencakupi aspek kerohanian dan linguistik dalam subjek ilmu nahu Arab.