Kontroversi penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan muslim di Malaysia: satu kajian perundangan dan sosial / Mohd Munir Sabtu [et al.]

Kajian ini bertajuk Kontroversi Penggunaan Kalimah Allah dalam Kalangan Bukan Muslim di Malaysia: Satu Kajian Perundangan dan Sosial, yang membincangkan isu penggunaan kalimah "Allah" oleh bukan Muslim di Malaysia dari sudut perundangan dan sosial. Isu ini mencetuskan perdebatan hebat meli...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sabtu, Mohd Munir, Rahmat, Mohd Izzazuddin, Buang, Mohd Halid Alwani, Mohd Zuki, Mohd Yussof, P. Rameli, Mohd Faizal, Zur Raffar, Izzah Nur Aida
Format: Article
Language:en
Published: Center for Islamic Philantrophy & Social Finance (CIPSF) 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114732/1/114732.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114732/
https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/JIPSF
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertajuk Kontroversi Penggunaan Kalimah Allah dalam Kalangan Bukan Muslim di Malaysia: Satu Kajian Perundangan dan Sosial, yang membincangkan isu penggunaan kalimah "Allah" oleh bukan Muslim di Malaysia dari sudut perundangan dan sosial. Isu ini mencetuskan perdebatan hebat melibatkan hak kebebasan beragama yang dijamin Perlembagaan Persekutuan dengan keperluan menjaga sensitiviti umat Islam. Dari perspektif perundangan, larangan penggunaan kalimah "Allah" bagi bukan Muslim dalam konteks agama Kristian telah disokong oleh undang-undang syariah di beberapa negeri serta keputusan mahkamah. Namun, keputusan ini bertentangan dengan tuntutan hak kebebasan beragama dalam kalangan komuniti bukan Muslim yang melihat kalimah tersebut sebagai sebahagian daripada amalan keagamaan mereka. Sentimen komuniti Muslim pula menekankan bahawa kalimah "Allah" eksklusif bagi Islam, manakala komuniti bukan Muslim pula menganggap larangan ini sebagai pencabulan hak asasi. Media arus perdana dan alternatif juga memainkan peranan penting dalam membentuk persepsi masyarakat mengenai isu ini, dengan memberi tumpuan kepada pelbagai perspektif yang mencorakkan pandangan awam. Kajian ini dilakukan bertujuan mengkaji sejarah dan konteks penggunaan kalimah Allah, dari aspek perundangan di Malaysia serta dimensi sosial dan reaksi masyarakat. Dapatan kajian ini mencadangkan beberapa langkah seperti pendidikan toleransi agama di sekolah, pengukuhan dasar kerajaan, dan inisiatif dialog antara agama untuk menangani isu ini secara harmoni. Kesimpulannya, kajian ini menyeru pendekatan yang lebih inklusif dan toleran dalam menangani isu kalimah "Allah" bagi menjaga keharmonian dan kestabilan masyarakat majmuk di Malaysia.