Peranan masyarakat dan kerajaan dalam memperkukuh keharmonian negara / Nur Syafiqah Sallehudin … [et al.]

Artikel ini membincangkan isu 3R (Kaum, Agama dan Institusi Diraja) yang menjadi cabaran utama dalam mengekalkan keharmonian di Malaysia, sebuah negara berbilang kaum dan agama. Sejarah penjajahan British telah mewariskan dasar "pecah dan perintah," yang membentuk pemisahan kaum berdasarka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sallehudin, Nur Syafiqah, Azizan, Syahrul Haizat, Musa, Zulkarnain, Mahmud, Muhammad Ariffuddin, Mohamad Rohana, Noor Aziera
Format: Article
Language:en
Published: Center for Islamic Philantrophy & Social Finance (CIPSF) 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114676/1/114676.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114676/
https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/JIPSF/issue/view/440
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini membincangkan isu 3R (Kaum, Agama dan Institusi Diraja) yang menjadi cabaran utama dalam mengekalkan keharmonian di Malaysia, sebuah negara berbilang kaum dan agama. Sejarah penjajahan British telah mewariskan dasar "pecah dan perintah," yang membentuk pemisahan kaum berdasarkan peranan ekonomi dan lokasi geografi, menghasilkan ketegangan antara etnik. Selepas merdeka, Malaysia memperkenalkan dasar seperti kontrak sosial dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mengimbangi ketidakseimbangan sosioekonomi, namun isu perkauman tetap menjadi subjek kontroversi. Peranan kerajaan termasuk penguatkuasaan undang-undang seperti Akta Hasutan 1948 dan pelaksanaan program perpaduan seperti Rukun Tetangga. Masyarakat pula berperanan melalui pendidikan sosial, penggunaan media sosial yang bertanggungjawab dan penglibatan aktif dalam program komuniti untuk memupuk persefahaman antara kaum. Pendekatan holistik yang melibatkan undang-undang, dialog antara agama dan usaha sukarelawan disarankan untuk menyokong perpaduan nasional. Artikel ini menegaskan bahawa keharmonian di Malaysia memerlukan kerjasama erat antara kerajaan dan masyarakat untuk memastikan kepelbagaian budaya dan agama menjadi asas kekuatan negara.