Penggunaan online-based operations management performance (e-omp) untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar bagi subjek pengurusan operasi
Pengurusan Operasi merupakan subjek yang wajib diambil oleh pelajar diploma dan ijazah di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Subjek ini dianggap sukar dalam kalangan pelajar kerana mereka perlu mempelajari teori serta pengiraan pada masa yang sama. Ini dibuktikan ol...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
GADING Journal for the Social Sciences
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114039/1/114039.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114039/ https://gadingssuitm.com/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pengurusan Operasi merupakan subjek yang wajib diambil oleh pelajar diploma dan ijazah di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Subjek ini dianggap sukar dalam kalangan pelajar kerana mereka perlu mempelajari teori serta pengiraan pada masa yang sama. Ini dibuktikan oleh peratus kegagalan pelajar yang agak tinggi bagi subjek ini. Oleh itu, Online based Operations Management Performance (e-OMP) diperkenalkan dan digunakan sebagai kaedah alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. e-OMP bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan prestasi akademik pelajar melalui pendekatan yang lebih fleksibel dimana latihan dapat diakses dan dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Kaedah metodologi kajian kuantitatif berbentuk analisis data siri masa dari tahun 2012 sehingga 2020 digunakan dalam kajian ini untuk melihat keberkesanan penggunaan e-OMP bagi pelajar yang mengambil subjek Pengurusan Operasi di UiTM Pahang. Selain itu, proses penghasilan dan penggunaan e-OMP turut diterangkan. Objektif kajian ini adalah untuk menilai sejauh mana penggunaan e-OMP dapat membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar khususnya bagi subjek Pengurusan Operasi. Hasil kajian membuktikan bahawa penggunaan e-OMP dapat mengurangkan kadar peratus kegagalan pelajar dalam subjek ini. Ini ditambah dengan keupayaan e-OMP untuk menyediakan maklum balas segera kepada pelajar daripada segi pengiraan markah serta mengenal pasti tahap pemahaman pelajar terhadap soalan yang dikemukakan. Dapatan empirikal ini membuktikan bahawa e-OMP boleh digunakan oleh para pensyarah sebagai kaedah alternatif yang sangat mudah, fleksibel, dan menyeronokkan dalam membantu, membimbing, dan meningkatkan prestasi akademik pelajar. |
|---|
