Proses transformasi bagi pendayaupayaan asnaf melalui agihan dana zakat di negeri Johor, Malaysia / Muhammad Suhaimi Sulong ... [et al.]

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) merupakan institusi rasmi yang berperanan mengumpulkan dan mengagihkan zakat secara efisien di dalam negeri Johor. Dari perspektif Malaysia, situasi semasa masih wujud tanggapan negatif dalam kalangan masyarakat terhadap institusi zakat. Beberapa kajian lepas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sulong, Muhammad Suhaimi, Zainol, Nur Zainatul Nadra, Abdul Khalim, Mustapahayuddin, Wan Zahari, Wan Ainaa Mardhiah, Mohamad Malom, Ahmad Zaki
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/113948/1/113948.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/113948/
https://jcis.uitm.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) merupakan institusi rasmi yang berperanan mengumpulkan dan mengagihkan zakat secara efisien di dalam negeri Johor. Dari perspektif Malaysia, situasi semasa masih wujud tanggapan negatif dalam kalangan masyarakat terhadap institusi zakat. Beberapa kajian lepas telah menunjukkan beberapa punca yang menyebabkan masyarakat kurang yakin terhadap pengurusan dan pentadbiran zakat. Tanggapan sebegini berlaku disebabkan oleh beberapa isu seperti lambakan lebihan zakat tahunan yang banyak tidak diagihkan dan isu pengutamaan kepada kategori asnaf tertentu yang perlu diberikan perhatian oleh institusi zakat. Justeru, kajian ini melihat sejauh mana MAINJ berjaya menggunakan sumber dana dan sumbangan zakat bagi melaksanakan program atau aktiviti pendayaupayaan golongan asnaf melalui satu proses transformasi. Metodologi penyelidikan jenis kualitatif melalui kaedah temu bual dan analisis dokumen telah digunakan dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian ini mendapati peningkatan terhadap jumlah kutipan zakat di negeri Johor pada tahun 2018 hingga 2023 sentiasa bertambah jumlahnya menjadi bukti keberhasilan usaha pengutipan zakat di negeri ini. Beberapa program pendayaupayaan asnaf yang signifikan juga telah dilaksanakan kepada usahawan-usahawan asnaf dan telah dihuraikan dalam kajian ini selain mengetahui skim bantuan dana zakat yang disediakan oleh pihak MAINJ. Keseluruhan dapatan kajian ini telah dapat diterjemahkan ke satu model yang baru diperkenalkan iaitu Model IPOM (Input-ProsesOutput-Maklum balas). Justeru, kajian ini dapat membuka perspektif masyarakat umum mengenai usaha pengagihan zakat yang telah dilaksanakan oleh MAINJ sekali gus menngubah persepsi negatif terhadap institusi zakat di Malaysia secara amnya.