Program permuafakatan pengurusan kewangan anjuran Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Sarawak bersama pelajar Kolej SIDMA, Kuching / Erimalida Yazi, Dr. Fareiny Morni dan Dr. Azra Tilai
Pada 5 Januari 2024, Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan telah mengadakan program pengurusan kewangan yang melibatkan seramai 146 orang pelajar Kolej SIDMA dan 102 orang pelajar UiTM Cawangan Sarawak bertempat di Hotel Riverside Majestic, Kuching. Antara matlamat pr...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Sarawak
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/113133/1/113133.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/113133/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pada 5 Januari 2024, Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan telah mengadakan program pengurusan kewangan yang melibatkan seramai 146 orang pelajar Kolej SIDMA dan 102 orang pelajar UiTM Cawangan Sarawak bertempat di Hotel Riverside Majestic, Kuching. Antara matlamat program adalah untuk memberikan kesedaran kepentingan menguasai kemahiran dan pengetahuan asas tentang pengurusan kewangan kendiri termasuk aspek yang berkaitan dengan perbelanjaan, pendapatan, pelaburan, pengurusan harta dan membolehkan setiap individu mencapai satu titik kestabilan kewangan demi menjamin masa depan yang lebih baik. Selain itu, program ini menjadi simbol permuafakatan antara dua institusi pengajian tinggi di Sarawak. Program ini diuruskan sepenuhnya oleh barisan mahasiswa daripada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan dan disertai oleh wakil pensyarah dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan iaitu Dr Fareiny binti Morni, Puan Erimalida binti Yazi dan Dr Azra anak Tilai dan turut dihadiri oleh Tuan Haji Marzuki bin Haji Umi, Pengerusi Kolej SIDMA dan Puan Nandy Marlina binti Saar, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej SIDMA. |
|---|
