Transkrip wawancara bersama Dato' Hj. Mohamad Shukri bin Mohamad Mufti Kerajaan Negeri Kelantan 2008-2015 / Ahmad Zaim Fikri Kamarul Zaman and Muhamad Syazwan Safian

Temubual ini adalah antara tokoh dan pelajar. Temubual ini dilakukan bersama Mufti Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Dato' Hj. Mohamad Shukri Bin Mohamad untuk mengetahui tentang perkhidmatan beliau dalam kerjayanya sebagai Mufti yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan sesuatu fatwa. Temubual ini...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kamarul Zaman, Ahmad Zaim Fikri, Safian, Muhamad Syazwan
Format: Oral History
Language:en
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112412/1/112412.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112412/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Temubual ini adalah antara tokoh dan pelajar. Temubual ini dilakukan bersama Mufti Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Dato' Hj. Mohamad Shukri Bin Mohamad untuk mengetahui tentang perkhidmatan beliau dalam kerjayanya sebagai Mufti yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan sesuatu fatwa. Temubual ini telah dijalankan di pejabat beliau di Majlis Agama Islam Kelantan. Tarikh temubual tersebut adalah pada 19 Mei 2015 bermula pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Dato' Hj. Mohamad Shukri bin Mohamad adalah merupakan bekas tenaga pengajar di Sekolah Menengah Ugama Maahad Muhammadi di Kota Bharu. Dato' Hj. Mohamad Shukri Bin Mohamad mula berkhidmat dengan kerajaan sejak 1990 sebagai timbalan mufti dan berbula 1 Januari 2008 beliau mula dinaikkan pangkat sebagai Mufti Kerajaan Negeri. Tugas Dato' Hj. Mohamad Shukri Bin Mohamad bukan hanya terhad kepada perkara dalam negeri, malah meliputi pelbagai perjumpaan dan perbincanagn di peringkat kebangsaan. Pelbagai ujian dan cabaran telah dihadapi oleh Dato' Hj. Mohamad Shukri Bin Mohamad sebelum berkhidmat dengan Jabatan Mufti Negeri Kelantan ini. Sejarah kehidupan dan kerjaya beliau dapat dijadikan sumber inspirasi kepada semua orang.