Karnival Perpustakaan UiTM Cawangan Terengganu 2023 20-22 Jun 2023 / Abdul Hadi Idris

Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) telah menganjurkan Karnival Perpustakaan UiTMCT 2023 pada 20 hingga 22 Jun yang lalu. Program yang ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang setiap hari penganjurannya adalah bertempat di Bangunan Annex Perpustakaan Cendekiawan Ui...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Idris, Abdul Hadi
Format: Monograph
Language:en
Published: Perpustakaan Tun Abdul Razak 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112164/1/112164.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112164/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) telah menganjurkan Karnival Perpustakaan UiTMCT 2023 pada 20 hingga 22 Jun yang lalu. Program yang ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang setiap hari penganjurannya adalah bertempat di Bangunan Annex Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Dungun, dengan penganjuran pelbagai booth pameran maklumat dari bahagian dalam dan agensi luar UiTMCT. Simbolik penganjuran karnival di bangunan Annex yang baharu disediakan ini adalah untuk memaklumkan umum bahawa bangunan ini telah dibuka kepada orang ramai sejak pembinaannya pada 2008 yang lalu. Pelbagai aktiviti dengan hadiah menarik ditawarkan kepada pengunjung yang terbuka daripada warga UiTMCT dan komuniti setempat. Objektif utama penganjuran karnival ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelanggan perpustakaan,warga UiTMCT dan komuniti setempat mengenai fungsi dan perkhidmatan terkini yang ditawarkan di Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT. Dalam masa yang sama, ianya juga boleh dijadikan sebagai platform perkongsian maklumat mesra pengguna melalui penerangan bersemuka dan beberapa aktiviti atas talian. Secara tidak langsung karnival seperti dapat mendekatkan perpustakaan dengan pengguna warga UiTMCT dan komuniti setempat. Kolaborasi strategik yang dijalinkan bersama bahagian/fakulti/agensi luar dalam menjayakan karnival ini sedikit sebanyak menjalinkan hubungan baik dalam meluaskan rangkaian dan jaringan perpustakaan. Secara keseluruhannya, penganjuran Karnival Perpustakaan UiTMCT 2023 ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan dengan jayanya. Semoga ianya dapat meningkatkan penggunaan kemudahan, perkhidmatan dan sumber perpustakaan UiTMCT yang disediakan perpustakaan pada masa akan datang.