Transkrip wawancara bersama Professor Dr. Abdul Halim bin Ali pensyarah dan penulis buku kesusasteraan Melayu / Nur Hidayah Zakaria@Yahaya and Noor Farahin Mohd Aliff Choo
Temubual ini dilakukan bersama Pensyarah Kesusasteraan Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak iaitu Profesor Madya Dr. Abdul Halim Ali yang bertujuan untuk mengetahui tentang kerjaya beliau dalam Kesusasteraan Melayu. Beliau merupakan anak jati daerah Merchang,Terengganu....
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Oral History |
| Language: | en |
| Published: |
2021
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112132/1/112132.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112132/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Temubual ini dilakukan bersama Pensyarah Kesusasteraan Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak iaitu Profesor Madya Dr. Abdul Halim Ali yang bertujuan untuk mengetahui tentang kerjaya beliau dalam Kesusasteraan Melayu. Beliau merupakan anak jati daerah Merchang,Terengganu. Temubual ini dijalankan secara dalam talian iaitu dengan menggunakan Google Meet. Profesor Dr. Abdul Halim Ali banyak menjawat jawatan dalam pengurusan UPSI, antaranya Pangarah Pusat Perhubungan Alumni, UPSI (2011-2017 dan Pengarah Pusat Ulu Albab UPSI (2019- kini). Selain tugas rasmi sebagai pensyarah, beliau juga merupakan Presiden Persatuan Penulis Budiman Malaysia (BUDIMAN), Presiden Rangkaian Ahli Akademik & Profesional Anak Terengganu (PERAPAT) Malaysia, Ahli Jawatankuasa Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Sasterawan NUMERA Malaysia. Hasil beliau berkecimpung dengan Kesusasteraan Melayu, beliau telah banyak menerbitkan hasil karya penulisannya tersendiri seperti antologi-antologi puisi, karya am dan buku-buku akademik. Banyak sumbangan dan jasa yang beliau berikan di tempat kelahiran mahupon negaranya. Perkhidmatan dan kerjaya beliau dapat dijadikan sumber inspirasi kepada semua orang terutama anak muda sekarang. |
|---|
