Ceramah Ramadhan: Syukur Padamu 12 April 2023 / Abdul Hadi Idris

Unit Sumber Bercetak, Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT), telah menganjurkan satu ceramah secara bersemuka bersempena bulan Ramadhan bertajuk Syukur PadaMu yang bertempat di Ruangan Bacaan Majalah Aras 1 Perpustakaan pada 12 April 2023, Rabu yang lalu. Hadir sebagai penceram...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Idris, Abdul Hadi
Format: Monograph
Language:en
Published: Perpustakaan Tun Abdul Razak 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/111951/1/111951.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/111951/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Unit Sumber Bercetak, Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT), telah menganjurkan satu ceramah secara bersemuka bersempena bulan Ramadhan bertajuk Syukur PadaMu yang bertempat di Ruangan Bacaan Majalah Aras 1 Perpustakaan pada 12 April 2023, Rabu yang lalu. Hadir sebagai penceramah jemputan bagi program ini ialah Ustaz Wahairi Mahmud, Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Terengganu. Beliau merupakan seorang penceramah yang berpengalaman luas dan aktif memberi ceramah di masjid dan surau; dalam dan luar UiTMCT. Program yang bermula jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi ini telah dihadiri oleh seramai lebih 30 orang peserta daripada pelbagai unit dan bahagian UiTM Cawangan Terengganu, dan juga pelajar. Saguhati penyertaan disediakan kepada 20 orang peserta terawal. Antara pengisian yang dikongsikan dalam ceramah Syukur padaMU ialah setiap individu Muslim haruslah mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah SWT yang dengan izin-Nya kita dapat beribadah dalam bulan Ramadhan yang mulia tahun ini. Ramadhan sememangnya bulan yang patut kita lalui dengan melakukan amal ibadah samada ibadah wajib mahupun sunat dengan penuh ketaqwaan dan secara bersungguh-sungguh, melebihi daripada bulan-bulan yang lain, demi meraih pahala yang berlipat ganda seterusnya mengharapkan keredhaan Allah SWT.