Fatwa penggunaan e-Wallet di Malaysia: satu analisa / Siti Nurhidayah Md Tahir, Prof. Madya Dr Mohd Fuad Sawari and Dr. Mohamad Sabri Zakaria

E-wallet atau e-dompet merupakan inovasi dalam sistem pembayaran digital yang semakin mendapat tempat dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Menurut Ordinan Majlis Islam Sarawak (2021), ia ditakrifkan sebagai "aplikasi wallet yang memerlukan tambah nilai daripada bank, di mana wang tersebut dituk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md Tahir, Siti Nurhidayah, Sawari, Mohd Fuad, Zakaria, Mohamad Sabri
Format: Monograph
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/111305/1/111305.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/111305/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:E-wallet atau e-dompet merupakan inovasi dalam sistem pembayaran digital yang semakin mendapat tempat dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Menurut Ordinan Majlis Islam Sarawak (2021), ia ditakrifkan sebagai "aplikasi wallet yang memerlukan tambah nilai daripada bank, di mana wang tersebut ditukarkan kepada e-money dan disimpan dalam akaun e-wallet untuk tujuan pembayaran secara dalam talian mahupun fizikal." E-money atau wang elektronik adalah nilai wang yang disimpan secara elektronik dalam bentuk digital. Ia dikeluarkan atas penerimaan dana bagi tujuan pembayaran. Wang elektronik ini boleh diterima oleh entiti selain daripada pengeluar e-money tersebut. Apabila pengguna menambah nilai ke dalam e-wallet, wang tunai atau dana dari akaun bank akan ditukar kepada e-money pada nilai yang sama. Pada asasnya, digital prabayar yang dipasang pada peranti pintar seperti telefon bimbit atau komputer. Aplikasi ini bukan sahaja menggantikan dompet fizikal tradisional, malah menawarkan kemudahan transaksi tanpa tunai yang lebih efisien dan mudah diakses melalui peranti mudah alih.