Model karakter fatanah, amanah, siddiq dan tabligh berdasarkan pengalaman usahawan asnaf berjaya / Izatul Akmar Ismail ... [et al.]

Dalam sejarah keusahawanan Islam, Rasulullah SAW merupakan contoh teladan seorang pemimpin usahawan yang berjaya. Baginda memiliki identiti dan karakter-karakter keusahawanan seperti fatanah, amanah, siddiq, dan tabligh, yang perlu dijadikan contoh bagi usahawan yang ingin mencapai kejayaan. Di Mala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Izatul Akmar, Abd Muin, Mohd Adib, Md. Hussain, Muhammad Nasri, Che Ahmat, Amin
Format: Article
Language:en
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/111183/1/111183.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/111183/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam sejarah keusahawanan Islam, Rasulullah SAW merupakan contoh teladan seorang pemimpin usahawan yang berjaya. Baginda memiliki identiti dan karakter-karakter keusahawanan seperti fatanah, amanah, siddiq, dan tabligh, yang perlu dijadikan contoh bagi usahawan yang ingin mencapai kejayaan. Di Malaysia, salah satu agihan dana zakat bagi melahirkan usahawan Muslim adalah melalui agihan modal perniagaan kepada asnaf dan terbukti melahirkan usahawan-usahawan asnaf yang berjaya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengalaman usahawan asnaf yang berjaya melalui karakter-karakter keperibadian mereka serta membina satu model yang boleh dijadikan panduan kepada usahawan asnaf lain. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif fenomenologi-transendental melibatkan tujuh ikon usahawan asnaf yang berjaya. Data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur dan dianalisis menggunakan kaedah fenomenologi dengan bantuan perisian Atlas.ti Versi 8. Hasil kajian menunjukkan karakter fatanah, amanah, siddiq, tabligh adalah dimiliki usahawan-usahawan asnaf berjaya. Tema-tema yang dihasilkan melalui empat karakter ini membentuk Model Karakter Fatanah, Amanah, Siddiq dan Tabligh Berdasarkan Pengalaman Usahawan Asnaf Berjaya. Hasil kajian boleh dijadikan rujukan bagi institusi-institusi zakat dan agensi berkaitan dalam memperkukuh aspek latihan, terutama dalam membangunkan jati diri dan keperibadian asnaf agar mereka mampu berdikari dan akhirnya keluar dari status asnaf.