Meningkatkan penguasaan murid pemulihan dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis perkataan kvkvk menggunakan 4r in heaven / Wai See Yuan
Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran mengeja, membaca dan menulis perkataan yang mengandungi gabungan huruf-huruf konsonan-vokal-konsonan-vokal-konsonan (KVKVK) dalam kalangan murid pemulihan. Sewaktu pengajaran Pendidikan Pemulihan terdahulu dijalankan, guru pemulihan berpendapat bahawa kaed...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | en |
| Published: |
2023
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/110117/1/110117.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/110117/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran mengeja, membaca dan menulis perkataan yang mengandungi gabungan huruf-huruf konsonan-vokal-konsonan-vokal-konsonan (KVKVK) dalam kalangan murid pemulihan. Sewaktu pengajaran Pendidikan Pemulihan terdahulu dijalankan, guru pemulihan berpendapat bahawa kaedah pengajaran “chalk and talk” tidak dapat membantu murid pemulihan dalam menguasai kemahiran 3M dengan berkesan. Beliau beranggapan kaedah lama perlu diubahsuai dan ditambah baik untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas pemulihan. Kajian ini menggunakan Model Kurt Lewin untuk melihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid-murid pemulihan. Tiga murid pemulihan Tahun 2 telah dipilih berdassarkan masalah mengeja, membaca dan menulis yang mereka hadapi melalui pemerhatian, senarai semak, dan analisis lembaran kerja. Kemudian, guru pemulihan menjalankan analisis data dan menginterpretasi kesan daripada tindakan beliau. Didapati bahawa murid-murid pemulihan ini telah menjawab kesemua soalan lembaran kerja dengan betul. Melalui kajian ini, pengkaji mendapati bahawa aktiviti seperti ini dapat membantu murid-murid pemulihan meningkatkan kemahiran mengeja dan membaca perkataan KVKVK. Justeru, guru pemulihan perlu memahamkan murid tentang konsep membaca perkataan yang mengandungi huruf-huruf konsonan-vokal-konsonan (KVK) sebagai bacaan asas pada awal peringkat pengajaran dan pembelajaran. Beliau menyedari bahawa bahan yang sesuai dapat membentuk konsep mengaitkan suku kata konsonan-vokal (KV) dengan konsonan alam pemikiran para murid pemulihan. Diharapkan bahawa bahan ini boleh digunakan untuk mengajar perkataan KVKVK dan KVK terhadap murid arus perdana di sekolah lain. |
|---|
