Konsep hegemoni: dominasi superstruktur menerusi genre ‘rock kapak’ sebagai sebuah budaya popular di Malaysia / Muhammad Farhan Noor Azimi

Artikel ini membincangkan berkenaan sebuah genre muzik iaitu ‘rock kapak’ yang telah menjadi sebuah budaya popular khususnya menerusi industri hiburan di Malaysia sekitar era 1980-an. Sejajar dengan itu, pengaplikasian kerangka teori dan konsep yang diperkenalkan oleh Antonio Gramsci iaitu konsep he...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noor Azimi, Muhammad Farhan
Format: Article
Language:en
Published: College of Creative Arts 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108888/1/108888.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108888/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini membincangkan berkenaan sebuah genre muzik iaitu ‘rock kapak’ yang telah menjadi sebuah budaya popular khususnya menerusi industri hiburan di Malaysia sekitar era 1980-an. Sejajar dengan itu, pengaplikasian kerangka teori dan konsep yang diperkenalkan oleh Antonio Gramsci iaitu konsep hegemoni menjadi keutamaan dalam melihat keupayaan genre muzik ‘rock kapak’ sebagai sebuah budaya popular di Malaysia. Sehubungan dengan itu, gelombang genre muzik yang berasal daripada barat ini juga banyak mempengaruhi dan memberikan kesan yang besar dalam perubahan identiti sosial masyarakat di Malaysia pada ketika itu. Selaras dengan itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis hubungan di antara konsep hegemoni dan budaya popular seperti ‘rock kapak’ serta untuk membincangkan elemen dominasi superstruktur di bawah konsep hegemoni menerusi budaya popular seperti ‘rock kapak’ khususnya di Malaysia. Justeru, menerusi perspektif ‘rock kapak’ di Malaysia sebagai sebuah budaya popular, artikel ini ingin menghujahkan bahawa penggunaan dan keberkesanan konsep hegemoni dalam mencorak perubahan identiti serta pendominasian superstruktur terhadap ‘rock kapak’ melalui institusi pentadbiran di Malaysia.