Kempen derma darah UITMCPP-JKSB 2023: kolaborasi strategik galakkan penyertaan masyarakat Bukit Mertajam / Daliah Hasan and Ts. Dr. Mohd Samsudin Abdul Hamid

Pengajian Kejuruteraan Awam, Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) dengan kerjasama Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) dan Hospital Seberang Jaya telah menganjurkan sebuah program derma darah yang diadakan di AEON Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Program ini merupakan satu inisi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hasan, Daliah, Abdul Hamid, Mohd Samsudin
Format: Monograph
Language:en
Published: Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/107945/1/107945.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/107945/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengajian Kejuruteraan Awam, Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) dengan kerjasama Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) dan Hospital Seberang Jaya telah menganjurkan sebuah program derma darah yang diadakan di AEON Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Program ini merupakan satu inisiatif kolaboratif antara pihak universiti, pihak industri dan hospital untuk menyumbang kepada masyarakat setempat. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menderma darah serta menggalakkan lebih ramai orang untuk menjadi penderma darah sukarela. Sebagai salah satu aktiviti dalam perancangan strategik Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2025, program ini menyasarkan sekurang-kurangnya 100 penyertaan daripada warga UiTM Cawangan Pulau Pinang dan penduduk tempatan. Inisiatif ini selari dengan beberapa 'Performance Indicator' yang ditetapkan UiTM, termasuk aktiviti bersama syarikat di bawah Memorandum Persefahaman (MoU), program tanggungjawab sosial universiti (USR), nilai media dan 'Knowledge Transfer Program' (KTP). Penglibatan Jambatan Kedua Sdn Bhd sebagai rakan strategik korporat menunjukkan kemampuan UiTM untuk membina jaringan kolaboratif yang strategik. Kerjasama dengan pihak hospital pula memastikan program ini mendapat sokongan dan kepakaran teknikal yang diperlukan untuk pelaksanaan yang efektif.