One Hour Clean Up / Nur Husna Hazirah Mohd Ismail and Nur Aqmar Anuar

Satu program gotong-royong bertemakan One Hour Clean Up telah berjaya dilaksanakan pada 21 Jun 2024 yang lalu, dengan penuh semangat kerjasama dan kesedaran sivik di kalangan penghuni kolej kediaman. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Program Siswa Sihat (PROSIS) dengan kerjasama Jawatankuasa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Ismail, Nur Husna Hazirah, Anuar, Nur Aqmar
Format: Monograph
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105934/1/105934.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105934/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Satu program gotong-royong bertemakan One Hour Clean Up telah berjaya dilaksanakan pada 21 Jun 2024 yang lalu, dengan penuh semangat kerjasama dan kesedaran sivik di kalangan penghuni kolej kediaman. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Program Siswa Sihat (PROSIS) dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident (JPNR), Unit Kesihatan & Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) Kampus Seremban, serta Unit Promosi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban. Sebanyak RM700 telah diluluskan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar UiTM Kampus Seremban untuk menjayakan program ini. Program One Hour Clean Up merupakan penjenamaan semula kempen cari dan musnah bagi menangani masalah denggi yang giat dijalankan di seluruh Malaysia. Oleh itu, program ini bertujuan untuk mengenal pasti kawasan sekitar kampus khususnya di kawasan kediaman pelajar yang berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan jentik-jentik dan nyamuk aedes, yang menjadi punca utama kepada penularan wabak denggi. Ia merupakan salah satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya menjaga kebersihan persekitaran dan kesihatan umum dalam kalangan warga kampus, termasuk pelajar, staf, dan komuniti setempat.