Media sosial dan semangat patriotisme di kalangan Generasi Alpha / Dr Faridah Pardi and Nur Fadhlina Zainal Abedin

Dalam era digital yang serba canggih ini, media sosial telah menjadi platform utama untuk berkomunikasi dan menyebarkan maklumat. Generasi Alpha, yang merujuk kepada mereka yang lahir dari tahun 2010 dan seterusnya, hidup dalam era di mana media sosial memainkan peranan yang sangat penting. Seiring...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Pardi, Faridah, Zainal Abedin, Nur Fadhlina
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104607/1/104607.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104607/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam era digital yang serba canggih ini, media sosial telah menjadi platform utama untuk berkomunikasi dan menyebarkan maklumat. Generasi Alpha, yang merujuk kepada mereka yang lahir dari tahun 2010 dan seterusnya, hidup dalam era di mana media sosial memainkan peranan yang sangat penting. Seiring dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-67 pada 31 Ogos, kita perlu melihat bagaimana media sosial mempengaruhi semangat patriotisme dalam kalangan Generasi Alpha ini, serta potensi dan cabaran yang dihadapi dalam usaha memupuk rasa cinta kepada tanah air dalam kalangan mereka. Generasi Alpha merupakan generasi pertama yang dibesarkan sepenuhnya dalam era digital. Mereka terdedah kepada teknologi moden sejak lahir, dan media sosial menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian mereka. Platform seperti Instagram, TikTok, YouTube, dan Twitter bukan sahaja berfungsi sebagai saluran untuk berhubung dengan rakan-rakan, tetapi juga sebagai sumber maklumat dan ruang untuk berinteraksi dengan pelbagai kandungan. Dalam konteks ini, media sosial memberikan pengaruh yang besar terhadap pandangan dan sikap mereka, termasuk dalam soal patriotisme.