Mengungkap hijrah harta: sorotan webinar eksklusif zakat pendapatan / Dr. Mohd. Kamel Mat Salleh ... [et al.].

Hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat dari Mekah ke Madinah telah berlaku 1446 tahun yang lampau. Ibrah dan pengajarannya masih diperbincangkan saban tahun setiap kali munculnya detik 1 Muharram dalam kalendar hijri. Hijrah dan zakat adalah dua konsep penting dalam Islam yang memiliki kaitan erat,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mat Salleh, Mohd. Kamel, Mohd Azli, Rafidah, Dzulkili, Nadia, Bahori, Adibah, Jamil, Makiah Tussaripah, Abdan, Mohamad Faizul, Ramli, Intan Syaherra, Abd Rahman, Siti Nur Husna, Muttaqin, Anwar, Nik Abdul Ghani, Nik Abdul Rahim, Ahmad, Md. Yazid
Format: Monograph
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101634/1/101634.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101634/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat dari Mekah ke Madinah telah berlaku 1446 tahun yang lampau. Ibrah dan pengajarannya masih diperbincangkan saban tahun setiap kali munculnya detik 1 Muharram dalam kalendar hijri. Hijrah dan zakat adalah dua konsep penting dalam Islam yang memiliki kaitan erat, terutama dalam konteks sosial dan ekonomi. Bagaimanakah kedua-dua konsep hijrah dan zakat ini saling berhubungan? Hijrah merujuk pada perpindahan Nabi Muhammad dan para pengikutnya dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa ini tidak hanya merupakan tunggak sejarah keagamaan, tetapi juga membawa dampak sosial, politik, dan ekonomi yang signifikan. Hijrah memerlukan kepada pengorbanan segala kepentingan membabitkan harta benda dan nyawa. Orang-orang Islam yang mula berhijrah berhadapan dengan pelbagai risiko disebabkan halangan yang dilakukan oleh golongan musyrikin dan penguasa Mekah ketika itu. Namun ia tidak menghalang semangat juang para sahabat untuk meneruskan hijrah sehingga berjaya sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.