Aplikasi kaedah Fekah Al-Umur Bi Maqasidiha dalam konteks hijrah masa kini / Dr. Mohd Kamel Mat Salleh and Dr. Muhammad Firdaus Abdul Manaf

Kaedah Fekah atau dalam Bahasa Arab disebut al-Qawaid al-Fiqhiyyah ialah suatu kaedah umum yang bersifat menyeluruh ataupun aghlabi (kebiasaan), yangmana daripadanya kita dapat mengetahui hukum-hakam bagi cabang-cabang yang berkaitan dengannya. Secara mudah ia boleh difahami sebagai kaedah yang bole...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mat Salleh, Mohd Kamel, Abdul Manaf, Muhammad Firdaus
Format: Monograph
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101594/1/101594.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101594/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kaedah Fekah atau dalam Bahasa Arab disebut al-Qawaid al-Fiqhiyyah ialah suatu kaedah umum yang bersifat menyeluruh ataupun aghlabi (kebiasaan), yangmana daripadanya kita dapat mengetahui hukum-hakam bagi cabang-cabang yang berkaitan dengannya. Secara mudah ia boleh difahami sebagai kaedah yang boleh digunakan dalam menentukan suatu hukum terutama permasalahan baru atau semasa yang memerlukan kepada penjelasan dari sudut syarak. Maksudnya, apabila berlaku suatu pertikaian hukum, untuk menjelaskan sama ada ia dibolehkan atau dilarang, atau dalam erti kata lain apakah ia wajib, haram atau seumpamanya, perlulah dirujuk kepada kaedah-kaedah fekah ini. Al-umur bi maqasidiha adalah salah satu daripada lima kaedah fekah yang disebut sebagai al-qawaid al-kubra. Ia bermaksud “setiap perkara yang dilakukan bergantung pada tujuannya” (niat orang yang melakukan perbuatan tersebut). Empat kaedah lain ialah “suatu keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak (sangkaan)” (al-yaqin la yuzalu bi al-syak), “kemudaratan mesti dihapuskan” (al-darar yuzal), “adat dirujuk dalam menentukan hukum” (al-adah muhakkamah) dan “kesusahan mendatangkan kemudahan” (al-dharurat tubih al-mahzurat).