Bermazhab dan bertaklid dalam Islam / Dr. Muhammad Firdaus Abdul Manaf and Dr. Mohd Kamel Mat Salleh

Definisi Mazhab: Menurut Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, perkataan ‘mazhab’ secara etimologinya berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu zahaba, yazhabu dan zahaban yang bermaksud ‘jalan atau iktikad terhadap sesuatu pegangan’ (2006). Kamus Al-Miftah mendefinisikan mazhab sebagai ‘fahaman, ideolo...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Manaf, Muhammad Firdaus, Mat Salleh, Mohd Kamel
Format: Monograph
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101572/1/101572.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101572/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Definisi Mazhab: Menurut Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, perkataan ‘mazhab’ secara etimologinya berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu zahaba, yazhabu dan zahaban yang bermaksud ‘jalan atau iktikad terhadap sesuatu pegangan’ (2006). Kamus Al-Miftah mendefinisikan mazhab sebagai ‘fahaman, ideologi, doktrin dan ajaran’ (2008). Kamus Lisan al-Arab (2000) pula menjelaskan maksud mazhab sebagai ‘jalan, pegangan dan ajaran’. Menurut Wahbah al-Zuhaili (1989), definisi mazhab secara terminologinya pula difahami sebagai ‘metod yang menyediakan garis panduan dalam memahami sesuatu hukum’. Ibrahim al-Bajuri (1990) pula mendefinisikannya sebagai ‘pendapat imam mujtahid muktabar berkaitan dengan sesuatu hukum’. Ibrahim (1991) menyatakan bahawa mazhab itu ialah ‘panduan dalam memahami hasil ijtihad seseorang mujtahid berkaitan dengan hukum-hakam yang difahami melalui konteks al-Quran dan al-Sunnah’. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016), mazhab ialah ‘cabang ajaran Islam yang diikuti oleh umat Islam dalam ilmu Fiqah iaitu Mazhab Syaöi, Hanaö, Hanbali dan Maliki’. Definisi Taklid: Merujuk Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, perkataan ‘taklid’ secara etimologinya berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu qallada, yuqallidu, taqlidan yang bermaksud ‘pegangan terhadap pendapat ahli hukum yang muktabar’ (2006). Kamus Al-Miftah mendeönisikan taklid sebagai ‘mengikut dan meniru’ (2008). Kamus Lisan al-Arab (2000) menjelaskan maksud taklid dengan makna ‘memakai rantai leher pada tengkuk’. Daripada sudut terminologinya pula, taklid diertikan sebagai ‘menerima pendapat orang lain, walaupun tanpa dikemukakan dengan sebarang hujah’ (Koto, 2004). Ini berdasarkan pengertiannya menurut majoriti ulama Usul Fiqah iaitu ‘menerima atau mengikuti perkataan orang lain, walaupun tanpa dijelaskan dengan sebarang hujah’ (Ibn Amir, 1316H).