Daging kultur: isu dan manfaatnya / Hisam Satari

Daging kultur merupakan salah satu inovasi baharu dalam bidang bioteknologi makanan. Penghasilan daging kultur bertujuan untuk menghasilkan daging yang menyerupai daging konvensional melalui sumber sel stem dan tisu kultur. Pertubuhan Makanan dan Pertanian menyatakan bahawa menjelang tahun 2050, pop...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Satari, Hisam
Format: Monograph
Language:en
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101484/1/101484.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101484/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Daging kultur merupakan salah satu inovasi baharu dalam bidang bioteknologi makanan. Penghasilan daging kultur bertujuan untuk menghasilkan daging yang menyerupai daging konvensional melalui sumber sel stem dan tisu kultur. Pertubuhan Makanan dan Pertanian menyatakan bahawa menjelang tahun 2050, populasi global akan meningkat sebanyak sembilan billion dan ini akan menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap produk daging (Hamdan et al., 2019). Idea penghasilan daging kultur ini bukanlah perkara baru dalam kalangan saintis kerana telah dikaji bermula seawal 1930-an yang lepas. Kajian berkenaan 38 daging kultur bermula dengan kejayaan seorang saintis bernama Alexis Carrel untuk memastikan sel jantung ayam kekal bertahan lebih lama di luar badan ayam (sistem ex vivo) (Carrel, 1937). Melalui kejayaan Alexis Carrel, Frederick Edwin Smith mengutarakan idea untuk menghasilkan daging kultur. Benjaminson telah berjaya mengkultur tisu otot ikan emas pada tahun 2002 dan Dr. Mark Post menjadi saintis pertama menghasilkan daging burger lembu kultur dan diuji pada 2013. Pihak panel berpuas hati dengan rasa daging kultur yang sama dengan daging konvensional (Hamdan & Ramli, 2014). Saintis mengambil masa sebanyak tiga bulan untuk menghasilkan daging menggunakan sel stem dewasa (Arshad et al., 2017). Hal ini menyebabkan daging kultur menjadi tarikan dunia sebagai salah satu pengganti kepada daging konvensional. Pada masa ini, daging kultur masih lagi berada pada tahap kajian.