Representasi semantik predikat kausatif aktiviti peralihan milik dalam Bahasa Melayu berdasarkan tatabahasa peranan dan rujukan

Kertas kerja ini membincangkan analisis predikat kausatif aktiviti dan struktur logik yang terhasil bagi kata kerja aktiviti dalam bahasa Melayu. Analisis struktur logik berdasarkan pendekatan Tatabahasa Peranan dan Rujukan (TPR) dilihat mampu meneliti secara ilmiah kajian ini serta memberi kesahiha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Malee, Ibrohim, Suhaimi, Mohamad Suhaizi, Ong, Su Teck
Format: Article
Language:en
Published: Graduate Studies Office Faculty of Humanities 2021
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/92977/13/92977_Representasi%20semantik%20predikat%20kausatif.pdf
http://irep.iium.edu.my/92977/
http://www.human.ru.ac.th/grad/humanities-journal-grade-school/79-79
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini membincangkan analisis predikat kausatif aktiviti dan struktur logik yang terhasil bagi kata kerja aktiviti dalam bahasa Melayu. Analisis struktur logik berdasarkan pendekatan Tatabahasa Peranan dan Rujukan (TPR) dilihat mampu meneliti secara ilmiah kajian ini serta memberi kesahihan bagi data-data yang diperoleh. Sehubungan itu, predikat kausatif aktiviti dapat difahami sebagai punca atau sebab bagi kata kerja yang berlaku dan menabirkan sesuatu yang baharu. Kajian ini turut memperihalkan secara terperinci bahawa terjadi juga ketiadaan imbuhan menN-kan, meN-i, -i dan -kan bagi menunjukkan ciri ‘menyebabkan’ terhadap predikat kausatif aktiviti. Justeru itu, kata kerja aktiviti yang diberi perhatian dalam kajian ini ialah Kata Kerja Peralihan Milik yang mempunyai imbuhan awalan meN- sahaja seperti memberi, menyumbang, menderma, mengirim, menjual, membeli, mengepos, mencuri, merompak dan meragut. Dengan menggunakan data korpus yang dibangunkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kajian ini menyerlahkan lagi dapatan yang diperolehi daripada ruangan akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan Harian Metro yang mengandungi data penulisan bahasa Melayu. Kata kunci: Predikat Kausatif; Kata Kerja Aktiviti; Kelas Aktionsart; Bahasa Melayu; Struktur Logik