Al-Quran Al-Karim & Terjemahan (Al-Fauzan)

Syukur kepada Allah kerana limpahan rahmat-Nya sehingga kini kita masih lagi dapat merasai nikmat iman dan Islam. Salam dan selawat atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat yang sentiasa memperjuangkan agama Islam serta mereka yang mengikuti Baginda. Kami mengucapkan penghargaan s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Hamid, Mohd Azrul Azlen
Format: Book
Language:en
Published: Telaga Biru Sdn Bhd 2018
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/92073/1/Al-fauzan.pdf
http://irep.iium.edu.my/92073/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Syukur kepada Allah kerana limpahan rahmat-Nya sehingga kini kita masih lagi dapat merasai nikmat iman dan Islam. Salam dan selawat atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat yang sentiasa memperjuangkan agama Islam serta mereka yang mengikuti Baginda. Kami mengucapkan penghargaan setinggi-tinggi kepada Telaga Biru Sdn. Bhd. kerana menjalinkan kerjasama dalam menghasilkan Al-Quran Al-Karim dan Terjemahan Al-Fauzan yang sentiasa mencetuskan dan memperbaharui idea-idea baharu dan berusaha menarik minat masyarakat untuk lebih mendekati al-Quran pada hari ini. AI-Quran yang sedia ada di pasaran kini lebih memfokuskan kepada terjemahan ayat-ayat al-Quran sahaja, namun tidak memberikan info-info tambahan yang lain sebagai nilai tambah untuk para pembaca mengenai mushaf al-Quran. Oleh itu, dengan percambahan idea dan pembaharuan yang dilakukan oleh pihak penerbitan, dapatlah menghasilkan al-Quran yang mempunyai nilai komersial dan keunikan yang tidak ada pada al-Quran yang lain. Selepas proses penyemakan berlangsung, kami mendapati Al-Quran Al-Karim dan Terjemahan Al-Fauzan bukan sahaja memberi kemudahan kepada para pembaca dari sudut terjemahan, malah memberi maklumat tambahan untuk mengukuhkan kebenaran al-Quran apabila sesuatu ayat itu diturunkan oleh Allah. Contohnya, terdapat hadis, asbabul nuzul dan doa daripada ayat al-Quran yang boleh diamalkan oleh para pembaca.