Pelanggaran prinsip kerjasama dalam filem Madu Tiga: satu kajian pragmatik
Implikatur adalah penyampaian mesej secara tersirat dengan menggunakan bahasa yang tersurat dan pendengar perlu memproses makna sebenar sesuatu ujaran itu berdasarkan konteks ujaran penutur. Komunikasi yang berkesan semasa perbualan bergantung pada kerjasama antara penutur yang terlibat untuk me...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Kulliyyah of Languages & Management (KLM)
2021
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://irep.iium.edu.my/91485/13/91485_Pelanggaran%20prinsip%20kerjasama%20dalam%20filem%20Madu%20Tiga%20satu%20kajian%20pragmatik.pdf http://irep.iium.edu.my/91485/ https://www.iium.edu.my/media/72213/IYSJL_Pelanggaran%20Prinsip%20Kerjasama%20dalam%20Filem%20Madu%20Tiga_Satu%20Kajian%20Pragmatik_Nur%20Fatihah%20Mohd%20Yunan.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Implikatur adalah penyampaian mesej secara tersirat dengan menggunakan
bahasa yang tersurat dan pendengar perlu memproses makna sebenar sesuatu
ujaran itu berdasarkan konteks ujaran penutur. Komunikasi yang berkesan
semasa perbualan bergantung pada kerjasama antara penutur yang terlibat
untuk menghasilkan ujaran yang mudah difahami dan dapat diterima dengan
baik. Oleh itu, makalah ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis
pelanggaran maksim yang terdapat dalam filem Madu Tiga dan menganalisis
makna ujaran yang melanggar maksim berdasarkan dialog watak utama. Kajian
ini mengaplikasikan Prinsip Kerjasama Grice (1975) yang menggariskan empat
maksim perbualan, iaitu maksim kuantiti, kualiti, relevan dan cara. Pendekatan
kualitatif deskriptif dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah
analisis teks merupakan kaedah yang bersesuaian untuk diterapkan dalam
kajian ini bagi tujuan pengumpulan data berdasarkan ujaran watak utama dalam
tempoh sejam filem yang dikaji. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa
terdapat 30 jenis pelanggaran maksim yang dapat dikesan dalam ujaran watak
Jamil yang melibatkan keempat-empat maksim tersebut. Jenis pelanggaran
maksim yang mendominasi ialah maksim kuantiti, iaitu sebanyak 12 maksim
bersamaan dengan 40% manakala pelanggaran maksim yang paling kurang
dilakukan ialah maksim kualiti sebanyak 4 maksim yang mewakili 13.33%.
Kajian ini juga mendapati bahawa ujaran yang dituturkan oleh watak utama
dalam filem yang dikaji mempunyai makna yang berbeza dengan apa yang
disampaikan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa implikatur sering digunakan
dalam perbualan masyarakat, khususnya masyarakat Melayu untuk berlaku
sopan supaya sesuatu perkara yang disampaikan tidak mengguris hati
pendengar |
|---|
