Penggunaan kiasan dalam plot konflik filem: satu analisis pragmatik

Bahasa kiasan merupakan satu bentuk bahasa yang diungkapkan bagi mengindahkan sesuatu perkara yang kurang elok atau mempunyai niat yang tidak elok. Pengungkapan bahasa kiasan dalam konflik ini mempunyai pelbagai tujuan, antaranya mengungkapkan ketidakpuasan hati, kekecewaan dan perkelahian. Sehubung...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Saimon, Aminnudin, Zainon Hamzah, Zaitul Azma
Format: Article
Language:en
Published: Universiti Perguruan Sultan Idris 2019
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/85809/1/document%20%281%29.pdf
http://irep.iium.edu.my/85809/
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/2323
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bahasa kiasan merupakan satu bentuk bahasa yang diungkapkan bagi mengindahkan sesuatu perkara yang kurang elok atau mempunyai niat yang tidak elok. Pengungkapan bahasa kiasan dalam konflik ini mempunyai pelbagai tujuan, antaranya mengungkapkan ketidakpuasan hati, kekecewaan dan perkelahian. Sehubungan itu, tulisan ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan bahasa kiasan dalam plot konflik menggunakan pendekatan pragmatik. Data diperoleh menerusi filem Melayu yang dilakonkan oleh Nordin Ahmad, iaitu Lanchang Kuning, Semerah Padi, Hang Jebat dan Seri Mersing. Hasil kajian mendapati bahasa kiasan banyak diungkapkan dalam plot konflik bagi menyatakan kekecewaan, perkelahian dan ketidakpuasan hati. Kajian ini juga membuktikan bahawa pengungkapan bahasa kiasan dapat difahami oleh komunikator berdasarkan pendekatan teori pragmatik. Kesimpulannya, penelitian terhadap bahasa dalam filem telah dapat menyerlahkan keperibadian, akal budi positif atau negatif dan kekreatifan masyarakat Melayu dalam menyampaikan sesuatu perkara dalam suasana konflik.